Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
eclipsa audio

TV Samsung 2025 Dilengkapi Teknologi Audio 3D Dibangunkan Google

Diterbitkan Mac 6, 2025 oleh ariff bukhari

Samsung memperkenalkan TV baharu mereka yang kini dilengkapi dengan teknologi audio dibangunkan Google, Eclipsa Audio. Ia merupakan kerjasama 2 syarikat itu dalam usaha menghasilkan teknologi audio 3D terkini.

Eclipsa Audio menggunakan format audio IAMF, standard yang diperkenalkan oleh Alliance for Open Media (AOM), bagi memberikan pengalaman audio ruang 3D yang lebih realistik.

Teknologi ini mengoptimumkan bunyi mengikut peranti seperti pawagam, TV, konsol permainan, atau telefon pintar.

Dengan audio 3D ini, bunyi boleh datang dari pelbagai arah—hadapan, belakang, kiri, kanan, atas, dan bawah—menjadikan pengalaman menonton lebih imersif.

TV Samsung 2025 Dilengkapi Teknologi Audio 3D Dibangunkan Google

Kelebihan utama Eclipsa Audio ialah kemampuannya menyesuaikan bunyi secara automatik dengan persekitaran tontonan pengguna biasa, walaupun tanpa sistem pembesar suara lengkap.

Ia juga bersifat sumber terbuka membolehkan sesiapa sahaja mencipta kandungan audio 3D tanpa royalti.

Samsung akan memperkenalkan Eclipsa Audio pada semua TV baharu mereka mulai 2025, dari model Crystal UHD hingga Neo QLED 8K.

Dengan teknologi ini, pengguna boleh menikmati audio berkualiti tinggi walaupun hanya menggunakan TV dan soundbar biasa di rumah.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Pengguna TV Android Di Malaysia Terjejas Dengan Varian Baru Vo1d Botnet
  • Inilah TV Terkecil Di Dunia Yang Juga Jam Tangan Buatan Epson

Sumber: Siaran media Samsung

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
©2026 WISER.MY