Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S23 Ultra_2

Samsung Beri Amaran, Aksesori Tertentu Pada Siri Galaxy S23 Boleh Merosakkan Kamera

Diterbitkan April 5, 2023 · Dikemas kini April 5, 2023 oleh ariff bukhari

Samsung telah mengeluarkan amaran kepada pengguna telefon pintar siri Galaxy S23 yang mahu berjimat dengan menggunakan aksesori yang tidak diperakui oleh Samsung.

Samsung menyatakan aksesori-aksesori yang tidak diperakui itu boleh merosakkan unit Galaxy S23, Galaxy S23+, dan Galaxy S23 Ultra mereka.

Berdasarkan kepada halaman sokongan yang disediakan, Samsung memberikan contoh keadaan kerosakan yang boleh disebabkan oleh aksesori tidak rasmi ini.

Satu ilustrasi itu menunjukkan bagaimana pelindung lensa kamera pihak ketiga (termasuk yang tidak diperakui oleh Samsung) boleh menyebabkan calar muncul pada cincin kamera peranti.

aksesori Samsung 1

Isu ini biasanya berlaku apabila pengguna mengeluarkan pelindung lensa kamera dari lensa kamera. Samsung mengingatkan pengguna untuk berhati-hati semasa menanggalkan aksesori ini.

Samsung menyatakan bahawa pengguna siri Galaxy S23 mungkin juga akan mendapati calar pada pelindung kanta.

Walhala pengguna lupa bahawa mereka menggunakan perlindungan sedemikian, dan menganggap bahawa lensa kamera mereka tercalar.

aksesori Samsung 2

Memasang pelindung kanta atau sarung yang meliputi lensa kamera akan boleh menyebabkan kelembapan atau objek asing  terperangkap di dalam kamera.

Walaupun Samsung tidak mengatakan bahawa ia boleh merosakkan peranti itu, tetapi pengumpulan kelembapan untuk jangka masa yang panjang sebenarnya boleh menyebabkan kerosakan pada Galaxy S23.

Akibatnya, mereka pergi ke pusat servis dan membuang masa mereka juga mungkin sejumlah wang untuk membaik pulih peranti yang berpunca daripada aksesori murah.

Samsung juga menyatakan bahawa pelindung lensa kamera dan beberapa kes aksesori bagi menutup lensa kamera dengan menambah lapisan tambahan kaca akan menyebabkan isu kualiti pada imej foto dan video yang dirakam.

Malah jika objek cecair dan asing tersangkut di antara pelindung kanta dan kanta akan menyebabkan kualiti imej turut boleh terjejas.

Selain itu Samsung turut menunjukkan bahawa ketiga-tiga telefon dalam siri Galaxy S23 mempunyai mikrofon yang dibina di bahagian bawah cincin kamera atas.

aksesori Samsung 3

Mikrofon ini digunakan bagi panggilan telefon dan rakaman audio dan video.

Aksesori pelindung pihak ketiga atau yang  tidak diperakui Samsung boleh menutup mikrofon ini yang akan menyebabkan berlaku isu kualiti audio ketika panggilan telefon dan rakaman video/audio dibuat.

Jadi, pengguna siri Galaxy S23 dinasihatkan menggunakan aksesori yang diperakui Samsung bagi mengelakkan isu pada peranti tersebut.

Berkaitan

  • (Ulasan) Samsung Galaxy S23 Ultra: Hampir Sempurna Jadi Raja Android
  • Samsung Galaxy S23 Ultra - Kamera Versatil Tanpa Tandingan
  • Samsung Galaxy S23 Ultra - Pelengkap Ekosistem Android Yang Terbaik Buat Masa Ini
  • 7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda

Sumber: SamMobile, Samsung Members

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY