Samsung Galaxy S23 Ultra - Pelengkap Ekosistem Android Yang Terbaik Buat Masa Ini

Seperti semua sedia maklum khususnya peminat tegar telefon pintar Samsung, model flagship dan paling premium bagi siri Galaxy iaitu Galaxy S23 Ultra telah pun dilancarkan di Malaysia.

Spesifikasi


Spesifikasi Galaxy S23 Ultra sememangnya meggambarkan ia sebuah peranti berkuasa di mana dikuasakan oleh cip pemprosesan yang ditala khas untuknya iaitu Snapdragon 8 Gen 2 for Galaxy, skrin AMOLED bersaiz 6.8 inci beresolusi 3088 x 1440 (Quad HD+) dengan kadar segar 120Hz serta RAM 12GB dan pilihan storan terbina dari 256GB dan 512GB.

Melengkapi Galaxy S23 Ultra ini sudah pastinya keupayaan kamera utamanya dengan lensa yang dipertingkatkan kepada 200MP.



 

Tetapi di sini bukanlah hendak dibincangkan lagi tentang kemampuan kamera Galaxy S23 Ultra, kerana sudah banyak pun diperkatakan.

Sebaliknya di sini adalah mahu membincangkan Galaxy S23 Ultra sebagai pusat ekosistem Android dalam aktiviti harian pengguna.

Ekosistem


Pengalaman bersama Galaxy S23 Ultra dengan menghubungkannya bersama peranti-peranti Samsung yang lain sememangnya sangat memudahkan di mana ia bertindak sebagai pusat bagi menyambungkan pelbagai peranti Samsung.


Galaxy Wearable


Sebagai contoh, sekiranya anda memiliki jam pintar Samsung Galaxy Watch, ia akan dihubungkan selepas dipadankan menerusi Galaxy Wearable.

Galaxy Wearable memudahkan anda mengakses dan menguruskan segala peranti Galaxy yang lain seperti tetapan, kemas kini dan lain-lain.

ekosistem samsung Galaxy s23 utra 1

Monitor kesihatan


Dengan adanya Galaxy Watch, anda dapat monitor aktiviti dan kesihatan diri terus dari aplikasi Samsung Health yang tersedia ada dalam Galaxy S23 Ultra.

Ciri yang tersedia ada ini amat memudahkan anda menyelaraskan data aktiviti harian anda pada masa sebenar.

Begitu juga bagi mengakses pelbagai ciri lain untuk jam pintar Galaxy Watch anda.



 

Rakam foto dari jauh


Bukan itu sahaja, anda boleh menjadikan Galaxy Watch sebagai peranti kawalan jauh dan skrin preview bagi mengambil foto atau merakam video dari S23 Ultra.

Jadi anda tak perlu pun setkan masa kemudian terkejar-kejar masa untuk bergaya sebelum foto dirakam oleh kamera 200MP Galaxy S23 Ultra tersebut bagi mendapatkan kualiti imej terbaik.


Samsung Wallet


Salah satu aplikasi yang sangat bermanfaat yang akan dapat memudahkan pelbagai urusan harian anda adalah aplikasi Samsung Wallet.

Samsung Wallet tersedia dipasang dalam Galaxy S23 Ultra yang dapat menyimpan pelbagai perkara-perkara penting anda seperti kad-kad bank, baucar, kunci digital dan lain-lain.

Di sini anda boleh memanfaatkan ciri pembayaran tanpa tunai, Samsung Pay.

Dilengkapi dengan sokongan NFC, Galaxy S23 Ultra membolehkan anda membuat pembayaran secara sentuh tanpa memerlukan anda membawa tunai di tangan mahupun kad debit/kredit.



Samsung Pay juga memberikan anda mata ganjaran menerusi Samsung Rewards apabila setaip kali pembayaran dibuat dari platform tersebut di mana anda boleh menebus mata ganjaran itu bagi pelbagai baucar barangan yang disenaraikan dalam Rewards Catalogue.

Pembantu maya Bixby


Jika iPhone ada Siri, Samsung Galaxy S23 Ultra pula ada Bixby. Bixby berupaya mempelajari perkara yang anda suka lakukan dan berfungsi dengan aplikasi dan perkhidmatan kegemaran anda untuk membantu anda menyelesaikan lebih banyak perkara.

Anda boleh memberikan arahan suara seperti mengambil gambar, membuat panggilan, semak kalendar dan banyak lagi.



Ciri Bixby juga membolehkan anda mengawal dan mengakses peranti-peranti Samsung yang lain termasuklah Galaxy Watch dan Galaxy Buds dari Galaxy S23 Ultra.

Galaxy S23 Ultra pelengkap ekosistem gaya hidup Android 


Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh dilakukan dengan telefon pintar Galaxy S23 Ultra yang bukan hanya untuk membuat panggilan dan melayari internet semata-mata.

Tetapi ia juga berupaya disambungkan dengan pelbagai peranti Samsung yang lain seperti mesin basuh pintar, TV pintar, peti ais pintar, pembersih vakum pintar dan banyak lagi.

Ekosistem Samsung ini bukan hanya untuk memudahkan aktiviti harian tetapi juga berperanan sebagai peranti gaya hidup bagi individu mahupun keluarga.



Apa yang boleh dikatakan adalah, Galaxy S23 Ultra merupakan pelengkap bagi ekosistem Android terbaik buat masa ini.

Samsung Galaxy S23 Ultra sudah pun berada di pasaran temapatan dengan harga jualan bermula dari RM5,699.

Beli Galaxy S23 Ultra di:

{suggest}