Samsung Galaxy S23 Ultra - Kamera Versatil Tanpa Tandingan

Samsung Galaxy S23 Ultra ialah model paling tinggi spesifikasinya dalam siri S23 yang baru dilancarkan Februari lepas. Di Malaysia, harganya bermula pada RM5,699.



Bukan hanya dalam barisan produk Samsung sendiri, tapi siri ini juga menjadi siri yang dinanti-nanti setiap tahun kerana dianggap antara telefon Android terbaik setakat ini.

Tahun ini, Samsung nampaknya sangat menekankan kemampuan gambar dalam pencahayaan rendah untuk model andalan mereka ini.

Antara perkara yang kita teruja pastinya lensa 200MP pada telefon ini. Teruskan membaca untuk mengetahui pengalaman kami menghenyak kamera S23 Ultra.

Biasa


Seperti anda jangka, untuk kemampuan asas, semestinya ia lulus dengan begitu gred A.

Untuk penghasilan warna, ia pekat. Gambar terang dengan butiran yang memuaskan, HDR berfungsi dengan bagus. Bayang-bayang juga dapat ditangkap dengan shade yang seakan-akan dalam dunia sebenar.

Akan tetapi, walaupun saya telah sebut bahawa penghasilannya pekat, ada sesetengah warna jadi terlalu pekat, terlalu vibrant.



Hijau dan merah -- oversaturated. Misalnya, daun dan bunga. Warna kulit juga kadangkala menjadi terlalu merah atau warm.

Dari segi ketajaman juga boleh sangatlah cemerlang. Jika diambil gambar bangunan, anda zum foto tersebut untuk melihat tingkap pada setiap tingkat itu pun, butirannya masih terpelihara dan tidak pecah.



Walaupun ada beberapa kekurangan, tapi secara ringkasnya, gambar dihasilkan S23 ini masih dalam lawa dan dalam kategori sangat memuaskan.

Zum


Kemampuan zumnya antara kekuatan telefon ini sejak beberapa siri sebelum ini.

Saya huraikannya dalam satu perkataan - mengagumkan. Ia juga sudah menjadi semacam identiti untuk siri Galaxy S kalau bercakap tentang zum.

Turutan gambar ialah zum 0.6X, 1X, 3X, 10X, 30X dan 100X.



Kemampuan periskopnya saya fikir masih tiada telefon lain baik Android apatah lagi iPhone yang mampu menanganinya.



Dalam zum 100X pun, perinciannya sangat tinggi untuk zum tahap itu. Saya tidak perlu cakap lebih-lebih, anda boleh lihat sendiri sampelnya.



Gambar-gambar di bawah ialah zum 0.6X, 1X, 3X dan 10X.




Potret


Potongan yang memisahkan objek dan latar -- kemas.

Akan tetapi, dalam situasi tertentu, S23 Ultra kalah. Melalui pemerhatian saya, warna pada objek jadi lusuh dan seolah-olah ada isu fokus jika diambil daripada sisi subjek.



Kalau diambil secara normal, mata bertentang lensa 180 darjah, hasilnya memang tidak dinafikan bagus.

Dalam kebanyakan waktu, portret dihasilkan memang hampir sempurna.

Untuk potret objek pula tiada isu sepanjang penggunaan saya. Ia juga dapat memotong dengan baik namun kalau macam kes tertentu seperti gambar pokok dipaparkan, daun-daun halus masih tidak dapat dipisahkan dengan latar dengan kemas.

Malam


Samsung begitu agresif menekankan kemampuan kamera S23 Ultra untuk situasi pencahayaan rendah.

Untuk situasi pencahayaan rendah atau malam di luar bangunan, telefon tidak ada masalah untuk dapatkan gambar yang terang dan masih tajam.



Masalah grainy atau noise berlebihan juga tidak wujud. Gambar masih tajam, lebih cerah berbanding situasi sebenar.



Tapi, antara isu dihadapai ialah ada masalah silau. Ini perkara biasa untuk kebanyakan telefon. Saya rasa hanya telefon vivo seperti siri X80, X90 dengan T* Coating daripada ZEISS saja yang berjaya banteras masalah ini.



Untuk waktu malam juga, saya perasan suhu warna lebih cenderung ke arah cool atau biru/putih jika dalam suasana suhu warna yang neutral. Ini bukan masalah tapi terpulang pada cita rasa anda.



Senang kata, kemampuan kamera untuk gambar malamnya juga menunjukkan prestasi yang sangat bagus dan harus dipuji.

Video


Videonya sangatlah lancar, warnanya pula sedikit vibrant tetapi masih boleh diterima manakala perinciannya juga tajam.

Tidak keterlaluan jika saya katakan prestasi rakaman video oleh S23 Ultra memang terbaik bagi sebuah telefon Android.

Mikrofon juga merakam bunyi dengan lebih baik berbanding telefon-telefon Android lain. Ia berjaya menangkap suara penutur dengan bagus dan jelas.

Kesimpulan


Samsung Galaxy S23 Ultra ialah sebuah telefon Android dengan kemampuan kamera yang menyeluruh. Baik fotografi mahupun video, saya amat berpuas hati dengan hasil kandungan dirakamnya.

Walaupun ada beberapa perkara yang tidak kena dengan cita rasa saya dan ada masalah shutter delay, namun kemampuannya bab lain tidak boleh saya nafikan.

Semestinya Galaxy S23 ini saya letakkannya dalam kedudukan 3 telefon teratas dari kamera.

Beli Galaxy S23 Ultra di: