7 Sebab Telefon Ini Patut Jadi Telefon Raya Anda

vivo Malaysia kini secara rasminya sudah menawarkan model telefon pintar berprestasi terbaru yang ditawarkan pada harga mampu milik untuk pasaran tempatan iaitu vivo V27.

Pelancaran V27 ini untuk pasaran tempatan oleh vivo sememangnya kena tepat pada masanya kerana rakyat Malaysia bakal menyambut  Hari Raya Aidilfiti yang bakal menjelang tiba tidak lama sahaja lagi dalam bulan April ini.

V27 adalah telefon pintar yang tepat untuk Hari Raya anda kerana ia sudah pastinya mampu merakam saat-saat manis anda bersama keluarga dan sahabat handai pada sambutan Hari Raya tahun ini.

Ini kerana V27 dilengkapi dengan perkakasan berkuasa yang disepadukan dengan sistem operasi serta dimuatkan dengan ciri-ciri utama yang memfokuskan prestasi, fotografi dan videografi.

Malah V27 juga melengkapkan penggayaan anda yang secara tidak langsung menampakkan anda lebih bergaya dan verstail dengan rekaannya yang moden dan premium.

Kamera Padu Setanding Flagship


Anda tidak perlu bimbang sama ada anda seorang jurugambar profesional atau pun tidak kerana gambar yang dirakam menerusi kamera vivo V27 tidak akan mengecewakan anda.

vivo V27 dilengkapi dengan sensor berkuasa dari Sony iaitu IMX 766V yang dipadankan bersama kamera utama 50MP.

Sekaligus foto yang dihasilkan oleh vivo V27 adalah setanding dengan kamera  yang digunakan pada telefon pintar flagship di mana ia mampu menjana imej berkualiti yang kaya dengan tona warna dan terang walaupun dalam keadaan kurang pencahayaan.

Menjadikan V27 sebagai telefon pintar terbaik untuk anda merakam warna-warni hari raya anda.

Menambahkan lagi kamera V27 lebih berkuasa, vivo memuatkan dengan ciri-ciri khusus yang istimewa dibangunkan oleh vivo sendiri untuk telefon pintar mereka. 

Salah satunya adalah ciri yang dikenali sebagai Aura Light.

Aura Light 


Aura Light merupakan ciri yang dibangunkan secara eksklusif oleh vivo hanya untuk telefon pintar mereka.

Ia merupakan teknologi pintar yang akan mengesan persekitaran yang rendah cahaya.



Aura Light secara automatik akan menambah pencahayaan yang akan memberikan kecerahan kepada kulit supaya nampak berseri dan halus dengan mengimbangkan warna pada wajah tanpa menjadikan wajah anda kelihatan berminyak atau kusam.



Ciri Aura Light diintegrasikan dengan sensor kamera Sony yang berkuasa sekaligus menghasilkan imej potret yang sempurna dan natural dengan keupayaannya menghasilkan warna yang lebih seimbang dan kaya dengan tona.



Melengkapkan lagi kamera V27 ini adalah dengan hadirnya ciri penstabilan kamera berteknologi tinggi yang dapat menghindarkan gambar dan video anda dari kabur atau bergegar ketika dirakam iaitu dengan adanya teknologi penstabilan hibrid.

Teknologi Penstabilan Hibrid OIS + EIS


Menerusi teknologi penstabilan kamera terkini yang dimuatkan pada V27, anda tidak perlu bimbang akan isu imej kabur atau video bergegar kerana Kamera V27 menggabungkan dengan 2 teknologi penstabilan iaitu penstabilan imej optikal (OIS) dan ciri penstabilan elektronik (EIS).



Jadi saat manis anda merakam imej atau video tetap akan terhasil pada kualiti terbaik yang tidak akan mencacatkan memori manis anda.

Super Night Mode


Bagi yang gemar merakam imej pada waktu malam, anda tidak perlu bimbang kerana kamera vivo V27 tersedia dengan ciri terbina Super Night Mode.

Bagi merakam video malam pula, V27 tersedia dengan ciri Super Night Video.

Memanfaatkan teknologi penstabilan kamera hibrid nya (OIS+EIS), algoritma Super Night Video dapat mengurangkan noise pada rakaman video anda dan pada masa yang sama menjadikannya terang walaupun pencahayaan di waktu malam kurang.






Kamera Hadapan Premium 50MP


Bukan hanya kamera utama sahaja yang berkuasa, tetapi V27 turut dilengkapi dengan kamera hadapan HD 50MP.

Mungkin anda tak tahu bahawa, vivo V27 merupakan satu-satunya peranti yang dimuatkan dengan kamera premium sebegini bagi kategori telefon pintar pertengahan dalam industri setakat ini.

Kapsyen: Kamera hadapan 50MP vivo V27 juga dilengkapi ciri Autofocus bagi merakam imej dengan lebih pantas dan jelas serta turut mampu merakam resolusi video sehingga 4K (30fps).


Memiliki kamera yang berkuasa, vivo V27 pastinya juga memerlukan cip pemprosesan yang berkuasa bagi menjalankan segala kuasa pemprosesan yang diperlukan bagi menjana imej dan visual terbaik

Spesifikasi padu


Sebagai model telefon pintar pertengahan, vivo V27 dimuatkan dengan cip pemprosesan 4nm berkuasa yang padu dari MediaTek iaitu D7200.

Tetapi pada masa yang sama ia juga jimat tenaga.

Sekaligus membolehkannya beroperasi berjam-jam lamanya tanpa perlu dibimbangkan bateri peranti cepat habis.

Kapsyen: vivo V27 menggunakan cip pemprosesan MediaTek Dimensity 7200, pilihan variasi RAM 12GB (+8GB) atau RAM 8GB dengan storan terbina 256GB.


Dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4600mAh serta hadir dengan pengecas pantas FlashCharge 66W, bateri V27 mampu dicas sehingga mencapai 50% kapasitinya hanya dalam masa 19 minit sahaja.

Malah vivo pertingkatkan jangka hayat bateri 4000mAh V27 di mana jangka hayatnya kini boleh mencecah kitaran pengecasan sehingga 1600 kali iaitu 2 kali ganda daripada standard yang ditetapkan industri.

Kapsyen: vivo V27 dimuatkan dengan bateri berkapasiti 4600mAh bersama pengecas FlashCharge 66W.

Ciri Flagship Tapi Harga Midrange


Secara keseluruhannya, apa yang dapat disimpulkan tentang vivo V27 adalah ia sebuah telefon pintar mampu milik berprestasi yang kaya dengan ciri flagship tapi ditawarkan pada harga midrange.

Dengan perkakasan cukup berkuasa yang dimuatkan ke dalam peranti ini, ia mampu menandingi telefon pintar flagship yang lebih mahal harganya.

Kapsyen: vivo V27 dijalankan oleh Funtouch OS yang disepadukan bersama sistem operasi Android 13 terkini yang antaramukanya begitu lancar dan mudah digunakan.


Malah bukan itu sahaja, kemasan binaan keseluruhan V27 serta kualiti material yang digunakan pada V27 juga sememangnya setanding peranti flagship yang lain.



Rekaannya yang nipis menjadikannya ia begitu selesa dipegang ditambah pula material bermutu yang digunakan secara tidak langsung  terasa begitu premium.

Lihat sahaja pada rekaan skrin lengkung yang dilengkapi pada  V27 ini. Ia dipadankan dengan skrin lengkung AMOLED 3D bersaiz 6.78 inci yang memberikan paparan yang cukup luas dan terang dengan kadar segar sehingga 120Hz.

Malah kadar kecerahan skrinnya pula boleh mencecah sehingga 1000nit di bawah cahaya matahari yang terang.



Tidak sekadar itu, V27 ditawarkan dengan pilihan warna istimewa iaitu emerald green yang menjadikannya kelihatan seolah oleh diperbuat daripada batu jed dengan keupayaan bertukar warna.

Malah warna emerald green V27 juga berupaya bertukar kepada hijau yang lebih gelap. Sekaligus anda mendapat 2 warna menerusi satu peranti.



Sepanjang menguji sendiri telefon pintar terbaru vivo ini, V27 berupaya memberikan hasil terbaik sama ada dari aspek prestasi, janaan kualiti foto terbaik dan ketahanan baterinya.

vivo sememangnya mengekalkan fokus mereka dalam merajai kualiti gambar malam yang diambil dari peranti mereka menerusi V27 ini.

Kapsyen: Anda tidak akan menyangka vivo V27 berharga di bawah RM2000 kerana rasa premium yang diberikan menerusi material, rekaan, spesifikasi perkakasan dan kemasannya seakan ia sebuah peranti yang berharga antara RM4000 sehingga RM5000.


Tidak dapat disangkal bahawa vivo menerusi V27 memberikan pilihan telefon pintar terbaik kepada pengguna yang mahukan sebuah peranti berkuasa pada harga mampu milik yang setanding dengan model-model flagship yang ada di pasaran ketika ini.

Mahukan sebuah telefon pintar yang lengkap dengan pakej terbaik, vivo V27 pastinya menjadi pilihan bijak anda.

Berita baik untuk anda bersempena dengan pelancarannya, vivo menawarkan jualan promosi pada harga istimewa iaitu RM1,799 bagi varian 8GB+256GB dan RM1,999 sahaja bagi varian 12GB+256GB.

Pembelian awal yang bermula dari 1 April sehingga 1 Mei 2023 untuk V27 ini juga melayakkan anda mendapatkan hadiah percuma yang bernilai sehingga RM957 dari vivo.

Selain itu anda turut akan menerima jaminan tambahan selama 1 tahun, 1 tahun perlindungan skrin, skrin pelindung tambahan serta  baucar bernilai RM636.

Tidak hanya setakat itu, vivo bermurah hati menghadiahkan pula pembesar suara bluetooth, fon telinga TWS serta bank kuasa 10,000mAh, khusus pembelian ke atas model V27 varian 12GB RAM dengan storan 256GB.

Malah khusus bagi pelajar dan pendidik pula, vivo menawarkan diskaun tambahan bernilai RM50 bagi mereka yang menempah dari 1 April sehingga 9 April 2023.



Jom beli vivo V27 di Lazada atau Shopee sekarang untuk pembelian yang lebih bijak.