Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
(Ulasan) Bowers & Wilkins Pi8 – Sistem Audio Kereta Mewah Di Telinga Anda

Bowers & Wilkins Kini Milik Samsung – Perjanjian RM1.5 Bilion Kukuhkan Kuasa Audio Premium

Diterbitkan Mei 8, 2025 · Dikemas kini Mei 8, 2025 oleh ariff bukhari

Masimo Corporation mengumumkan penjualan bahagian audio pengguna mereka,  Sound United kepada HARMAN International (HARMAN) yang merupakan anak syarikat Samsung Electronics, pada harga $350 juta tunai.

Urus niaga itu dijangka ditutup menjelang akhir 2025, tertakluk kepada kelulusan kawal selia yang diperlukan.

Infinity, Produk Audio Baharu Dari Harman Bakal Diperkenal 28 Julai Ini
HARMAN menjadi anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co., Ltd. pada 2017.

Ini bermakna, jenama terkenal seperti Bowers & Wilkins, Marantz & Denon akan bergabung dengan jenama HARMAN termasuklah JBL, Harman Kardon, AKG, Mark Levinson, Arcam, dan Revel.

“Pengambilalihan ini merupakan langkah strategik ke hadapan dalam pengembangan perniagaan audio teras HARMAN dan jejak merentas kategori produk utama seperti Audio Rumah, Fon Kepala, komponen Hi-fi dan Audio Kereta.” Dave Rogers, Presiden bahagian Gaya Hidup HARMAN.

Masimo akan memfokuskan hala tuju mereka pada pertumbuhan dalam industri kesihatan, manakala HARMAN melihat ini sebagai langkah strategik untuk memperluaskan lagi perniagaan audio mereka sedia ada.

HARTMAN dalam satu kenyataan berkata, usaha ini akan memacu pertumbuhan perniagaan, mempercepat inovasi & memastikan kejayaan jangka panjang mereka.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • B&W Tawar Fon Telinga Edisi Khas Dan Fon Kepala Premium Terbaru Berharga Dari RM2,399
  • Kos GTA 6 Didakwa US$2 Bilion – Fakta Sebenar Di Sebalik Angka Yang Tular
  • Netflix Bakal Berwajah Baharu, Ini Yang Berubah

Sumber: HARMAN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY