Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
B&W – David Beckham – Px7 S3 Canvas White – 16×9

B&W Tawar Fon Telinga Edisi Khas Dan Fon Kepala Premium Terbaru Berharga Dari RM2,399

Diterbitkan April 25, 2025 oleh ariff bukhari

Bowers & Wilkins, jenama audio premium global, telah melancarkan dua produk terbaharunya untuk pasaran Malaysia dengan memperkenalkan fon kepala tanpa wayar Px7 S3 dan fon telinga edisi khas Pi8 McLaren Edition.

Peranti audio terbaru B&W ini menonjolkan gabungan teknologi terkini, kualiti audio premium dan reka bentuk elegan.

Fon kepala Px7 S3

Fon kepala terbaru dari B&W ini menyampaikan  pengalaman audio berkualiti tinggi menerusi teknologi audio premium mereka.

Antar ciri utamanya adalah sokongan aptX Adaptive 24/96 dan aptX Lossless untuk penstriman beresolusi tinggi, ciri pembatalan hingar aktif menggunakan 8 mikrofon dan teknologi ADI Pure Voice untuk panggilan jelas serta mod True Sound & Spatial Audio yang akan ditawar menerusi kemas kini akan datang.

B&W – David Beckham – Px7 S3 Indigo Blue – 1×1
Fon kepala Px7 S3 hadir dalam reka bentuk ergonomik dengan kusyen memori dan penyangkut kepala baru untuk keselesaan bagi penggunaan jangka panjang.

Ia juga dilengkapi bateri terbina yang membolehkan ia bertahan hingga 30 jam, serta sokongan pengecasan pantas yang memberikan anda 7 jam selepas dicas selama 15 minit sahaja.

Pi8 McLaren Edition

Bagi mereka yang mencari fon telinga premium untuk aktiviti riadah pula, B7W menawarkan Pi8 McLaren Edition.

Ia direka hasil kerjasama dengan McLaren yang menampilkan warna ikonik Galvanic Grey & Papaya Orange.

High–B&W – Pi8 McLaren Edition – Beauty 4
Reka bentuk Pi8 McLaren Edition yang ergonomik untuk keselesaan dan terima sijil IP54 bagi kalis peluh & air, menjadikan peranti audio premium ini sesuai untuk aktiviti sukan.

Pra-tempahan fon kepala Bowers & Wilkins Px7 S3 (RM2,399) dan fon telinga Pi8 McLaren Edition (RM2,999) ini akan dibuka mulai 15 Mei 2025 akan datang.

Jualan di stor fizikal terpilih pula termasuklah di Sonos Concept Store @ Starhill, TMT Megastore Sunway Pyramid, TMT Mid Valley Megamall, Flash Gadget: The Gardens Mall, PC Image: The Mall dan PC Image: Mid Valley Southkey hanya akan tersedia pada pertengahan Jun 2025 nanti.

Beli barisan produk audio Bowers & Wilkins dari stor rasmi di:

  • Lazada – https://invl.me/clmo52x

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Berkaitan

  • (Ulasan) Bowers & Wilkins Pi8 - Sistem Audio Kereta Mewah Di Telinga Anda
  • Umpama Sekali Cas, Sehari Gaming - realme 14 5G
  • Telefon Pertama Dengan Bau Wangi? Infinix NOTE 50X & 50S 5G Kini Di Malaysia

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY