Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Samsung Galaxy S24

Galaxy S25+ Dikesan Guna Cip Exynos, Bukan Snapdragon 8 Elite

Diterbitkan Disember 6, 2024 oleh Rushsyafizal

Khabar angin mengenai semua model Galaxy S25 akan dilengkapi cip Snapdragon 8 Elite di seluruh pasaran nampaknya tidak menjadi kenyataan. Terbaru, Galaxy S25+ dikesan menggunakan cip Exynos 2500 menerusi platform penanda aras Geekbench.

Snapdragon 8 Elite terkenal dengan prestasi luar biasa, tetapi harga tinggi cip tersebut menjadi cabaran utama buat Samsung. Akibatnya, syarikat ini terpaksa terus bergantung pada cip Exynos untuk beberapa model Galaxy, dengan potensi untuk menggunakan cip alternatif seperti MediaTek Dimensity.

Galaxy S25+ Dikesan Guna Cip Exynos, Bukan Snapdragon 8 Elite

Berdasarkan penanda aras terbaru, cip Exynos 2500 pada Galaxy S25 dan S25+ berada 20-40% di belakang Snapdragon 8 Elite dari segi prestasi teras tunggal dan multi teras.

Walaupun prestasi ini mungkin meningkat melalui pengoptimuman perisian, masa yang terhad menjelang pelancaran Galaxy S25 pada Januari 2025 mungkin menyukarkan perubahan besar.

Walaupun cip Snapdragon diinginkan ramai, keputusan Samsung untuk terus menggunakan Exynos mungkin disebabkan kos penghasilan lebih menjimatkan.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Garena Delta Force Kini Rasmi Untuk PC, Muat Turun Sekarang & Dapat Kekulit Senjata Epik
  • OpenAI Perkenal ChatGPT Pro Dengan Akses Tanpa Had Model o1
  • Samsung One UI 7 Beta Kini Tersedia, Ini Yang Baharu
  • MyDigital ID Perlu Diperbaharui Setiap Tahun

Sumber: SAMMobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY