Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Malaysia_1

Tiada Lagi Saluran HBO Di Astro Mulai 1 Mac 2026

Diterbitkan Februari 16, 2026 · Dikemas kini Februari 16, 2026 oleh Amalina Athman

Astro kini memaklumkan kandungan HBO tidak lagi tersedia di saluran Astro bermula 1 Mac 2026. Ini termasuk HBO HD (CH 411), Cinemax HD (CH 412), HBO Family (CH 414) dan HBO Hits (CH 415).

Menurut Astro, perubahan ini dibuat susulan penyesuaian model kerjasama antara Astro dan Warner Bros. Discovery (WBD) yang mempengaruhi cara kandungan HBO ditawarkan di platform berkenaan.

Bagi pelanggan Astro yang ingin terus menonton rancangan dan filem HBO, aplikasi HBO Max boleh dilanggan secara berasingan sebagai langganan ala carte, dengan harga bermula RM24.90 sebulan.

4 Saluran Baharu

Seiring perubahan ini, Astro turut memperkenalkan empat saluran baharu bagi langganan Pek Movies dan Pek Epic Astro One.

Astro KV – BM

Antaranya termasuk Astro Showtime (CH 411) yang menampilkan barisan filem blokbuster dari Hollywood dan antarabangsa seperti Violent Night, Jurassic World Dominion, Beast dan Snow White and the Huntsman.

Saluran Rock Action (CH 414) dan Rock X Stream (CH 415) juga akan diperkenalkan mulai 1 Mac 2026, manakala Astro FAM Time (CH 412) yang menawarkan hiburan mesra keluarga sesuai untuk semua peringkat umur, akan dilancarkan pada 1 April 2026.

Selain itu, pelanggan Pek Movies dan Pek Epic Astro One masih akan terus menerima akses kepada aplikasi Prime Video dan Disney+ tanpa caj tambahan, selain saluran HITS Movies HD (CH 401) dan Astro Showcase (CH 413) yang menayangkan filem baharu, filem terbaik dan pelbagai genre pilihan.

Berkaitan

  • Astro Seru Pilih Platform Sah, Peranti Penstriman Haram Dimuatkan Perisian Hasad
  • Astro Perlu Berubah Jika Mahu Kekal Relevan Dalam Era Penstriman
  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Pek Epic Astro One Kini Bermula RM138.88 Sahaja

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY