Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Bincang Hak Penyiaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

Astro Bincang Hak Penyiaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

Diterbitkan Mei 6, 2026 · Dikemas kini Mei 6, 2026 oleh Amalina Athman

Astro memaklumkan pihaknya kini dalam perbincangan dengan pemegang hak siaran langsung tempatan untuk menyiarkan perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 ke platform mereka, termasuk Astro, NJOI (perkhidmatan percuma) dan sooka.

Perkembangan ini hadir selepas RTM dan Unifi TV diumumkan sebagai penyiar rasmi FIFA 2026 di Malaysia, sekali gus menamatkan peranan Astro yang sebelum ini sinonim dengan kejohanan tersebut selama lebih dua dekad.

Walaupun bidaan untuk mendapatkan hak penyiaran Piala Dunia FIFA tidak berjaya, Astro menyatakan pihaknya tetap gembira kerana kejohanan itu masih boleh diakses oleh peminat di Malaysia melalui penyiar lain.

Mengulas lanjut, Astro menjelaskan landskap kandungan premium khususnya kategori sukan kini semakin mencabar apabila kos hak penyiaran antarabangsa meningkat dengan ketara, selain dipengaruhi faktor inflasi.

Pada masa sama, isu cetak rompak yang berleluasa turut menjejaskan nilai komersial kandungan, dengan Piala Dunia 2018 dan 2022 antara acara yang banyak disiarkan secara tidak sah di Malaysia.

Dalam kenyataan sama, Astro turut menegaskan mereka kekal komited untuk terus menawarkan kandungan sukan berkualiti kepada penonton.

Berkaitan

  • ‘Hype’ Atau Tidak, Ini Yang OPPO Reno15 Sebenarnya Boleh Buat
  • Tiada Lagi Saluran HBO Di Astro Mulai 1 Mac 2026
  • RTM, Unifi TV Penyiar Rasmi Piala Dunia FIFA 2026

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY