Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Astro Bincang Hak Penyiaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

RTM, Unifi TV Akan Tayang Kesemua 104 Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026

Diterbitkan Mei 13, 2026 · Dikemas kini Mei 13, 2026 oleh Amalina Athman

Peminat bola sepak tanah air bakal menikmati tayangan kesemua 104 perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Unifi TV hasil kerjasama strategik bersama syarikat telekomunikasi utama negara iaitu Unifi, CelcomDigi dan U Mobile.

Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil berkata inisiatif itu membolehkan akses siaran sukan bertaraf dunia diperluaskan kepada rakyat, serta memperkukuh peranan penyiar awam negara agar kandungan berkualiti tinggi dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat tanpa kos tambahan.

“Sedikit penambahan, susulan kepada kenyataan yang telah saya buat pada minggu lalu, hari ini sukacita saya umumkan bahawa kesemua 104 perlawanan akan ditayangkan dalam RTM dan Unifi TV. Jadi, kedua-duanya akan menayangkan keseluruhan 104 perlawanan,” katanya pada sidang media hari ini.

Minggu lalu, beliau memaklumkan RTM hanya akan menyiarkan sebahagian besar perlawanan. Namun dengan pengumuman baharu ini, kesemua aksi Piala Dunia 2026 akan dapat ditonton melalui platform penyiaran terlibat.

Siaran boleh diikuti menerusi saluran di perkhidmatan Unifi TV serta saluran-saluran di RTM. Siaran secara selari, tertunda dan video on demand (VOD) boleh disaksikan menerusi platform Unifi TV 2.0 dan RTMKlik.

Pengguna disarankan mengikuti platform media sosial rasmi Unifi dan RTM bagi mendapatkan perkembangan terkini dan jadual perlawanan Piala Dunia FIFA 2026 yang akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • RTM, Unifi TV Penyiar Rasmi Piala Dunia FIFA 2026
  • Astro Bincang Hak Penyiaran Perlawanan Piala Dunia FIFA 2026
  • RTM Dilapor Tamatkan Siaran TV1, TV2 Dan Okey Di Astro Mulai 1 Julai

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY