Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6_Rockstar

Rockstar Akhirnya Bersuara Mengenai Kebocoran GTA 6, Akui “Amat Mendukacitakan”

Diterbitkan Ogos 26, 2026 · Dikemas kini Ogos 26, 2026 oleh Amalina Athman

Rockstar Games akhirnya mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung siri kebocoran rakaman gameplay Grand Theft Auto VI (GTA 6) yang tersebar sejak beberapa hari lalu. Rockstar menyifatkan insiden tersebut sebagai sesuatu yang “amat mendukacitakan” buat pasukan pembangunnya, malah mengakui bahawa ungkapan itu masih terlalu sederhana.

Dalam kenyataan tersebut, Rockstar berkata penyebaran rakaman permainan dalam keadaan sebegitu bukan cara yang mereka mahukan untuk peminat melihat GTA 6 selepas menunggu sekian lama. Studio itu turut memohon maaf kerana proses menyiapkan permainan dan perkongsian lebih banyak maklumat mengambil masa lebih lama daripada yang diharapkan.

Rockstar juga menyatakan GTA 6 kini “hampir siap” dan pihaknya teruja untuk memperlihatkan pandangan lanjutan mengenai permainan itu kepada peminat pada 28 Ogos ini.

Grand Theft Auto VI: An Extended Look dijadualkan ditayangkan di Netflix pada 28 Ogos 2026, jam 3.00 pagi MYT, sebelum turut tersedia di saluran YouTube rasmi Rockstar Games dan laman rasmi GTA 6 pada 9.00 pagi.

Rockstar Games responds leaks GTA 6
Kredit: Rockstar Games

Kenyataan ini hadir selepas pelbagai rakaman GTA 6 mula tersebar di internet dalam beberapa hari kebelakangan ini. Rakaman berkenaan didakwa datang daripada versi permainan yang boleh dimainkan, manakala individu atau kumpulan menggunakan nama “CyberLeek” sebelum ini turut mengakui bertanggungjawab terhadap kebocoran tersebut.

Sebahagian rakaman juga dilaporkan digunakan bagi tujuan promosi mata wang kripto.

Rockstar mengakui kebocoran yang berlaku mungkin menyebabkan pengalaman pemain terjejas akibat beberapa spoiler. Namun, studio itu berharap peminat sanggup menunggu sedikit masa lagi untuk menikmati sendiri permainan tersebut apabila ia dilancarkan.

Buat masa ini, pelancaran GTA 6 masih dijadualkan pada 19 November 2026 bagi PlayStation 5 dan Xbox Series X|S.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • Rockstar Akan Tayang 'Grand Theft Auto VI: An Extended Look' Pada 28 Ogos - Netflix Dapat Akses Lebih Awal
  • Cyberleek Dakwa 'Leak Gameplay' GTA 6 Sebagai Protes Pra-Tempahan Digital
  • Mahkamah Lulus Permohonan Take-Two, Microsoft Dan Discord Diminta Serahkan Data Untuk Jejak Sumber Kebocoran GTA 6

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY