Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
GTA 6

Cyberleek Dakwa ‘Leak Gameplay’ GTA 6 Sebagai Protes Pra-Tempahan Digital

Diterbitkan Ogos 19, 2026 oleh Amsyar Latif

Rakaman yang didakwa sebagai gameplay Grand Theft Auto VI (GTA 6) dilaporkan tertiris dalam talian, beberapa bulan sebelum permainan tersebut dilancarkan secara rasmi.

Menurut Kotaku, bahan berkenaan mula disiarkan pada 18 Ogos menerusi sebuah laman web menggunakan nama Cyberleek. Ia merangkumi beberapa rakaman gameplay serta imej yang didakwa menunjukkan peta penuh Leonida, lokasi utama GTA 6.

https://x.com/videotech/status/2089806387802997086?s=20

Antara rakaman yang tersebar memperlihatkan watak Jason berjalan di sekitar rumah dan bermain bola keranjang. Satu lagi rakaman pula menunjukkan pemanduan kenderaan sebelum berlaku pertelingkahan antara beberapa watak.

Bagaimanapun, Rockstar Games dan Take-Two Interactive setakat ini belum mengesahkan secara rasmi ketulenan bahan yang tertiris tersebut atau bagaimana ia diperoleh.

Beberapa salinan rakaman dan imej yang dikongsikan semula di media sosial bagaimanapun mula dipadam selepas menerima tuntutan hak cipta. Tindakan tersebut meningkatkan keyakinan bahawa bahan berkenaan mungkin tulen, tetapi ia masih belum disahkan secara rasmi.

Cyberleek turut mendakwa ketirisan itu dilakukan sebagai protes terhadap penjualan dan pra-tempahan permainan secara digital. Pihak berkenaan mahu penerbit permainan terus menyediakan pilihan cakera fizikal kepada pengguna dan mengkritik konsep pra-tempahan untuk produk digital yang tidak mempunyai kekangan stok seperti edisi fizikal.

Namun, dakwaan Cyberleek mengenai motif serta penglibatannya dalam ketirisan tersebut belum dapat disahkan secara bebas. Oleh itu, masih tidak jelas sama ada kumpulan atau individu itu sendiri memperoleh bahan berkenaan atau sekadar menjadi pihak yang menyebarkannya.

GTA 6 kini dijadualkan dilancarkan pada 19 November 2026 untuk PlayStation 5 dan Xbox Series X|S. Sementara paparan lebih lanjut berkaitan permainan ini akan didedahkan pada 28 Ogos depan.

Berkaitan

  • Bekas Penerbit Rockstar Jelaskan Kenapa GTA 6 'Skip' PC Pada Hari Pelancaran
  • Rockstar Akan Tayang 'Grand Theft Auto VI: An Extended Look' Pada 28 Ogos - Netflix Dapat Akses Lebih Awal

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY