Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Roblox Perkenal Protokol Baharu, Jamin Keselamatan Kanak-Kanak

Roblox Perkenal Protokol Baharu, Jamin Keselamatan Kanak-Kanak

Diterbitkan Oktober 24, 2024 oleh Rushsyafizal

Roblox akan melancarkan beberapa protokol keselamatan baharu bagi meningkatkan perlindungan untuk kanak-kanak di platform permainan dalam talian itu. Menurut laporan Bloomberg, syarikat itu akan memperkenalkan akaun ibu bapa yang membolehkan penjaga memantau aktiviti dan rakan-rakan anak mereka dalam permainan.

Selain itu, Roblox kini memerlukan kebenaran ibu bapa untuk pemain berumur bawah 13 tahun mengakses ciri tertentu. Bagi pengguna berumur 9 tahun ke bawah, kebenaran juga diperlukan untuk bermain mod permainan yang mengandungi keganasan sederhana atau jenaka kasar. Protokol ini dijadualkan mula berkuat kuasa bulan depan.

Masalah keselamatan untuk pemain muda sering dikaitkan dengan Roblox. Pada tahun 2022, platform ini menghadapi saman berkaitan eksploitasi kanak-kanak. Sony juga enggan menampilkan Roblox di platform mereka kerana kebimbangan mengenai pendedahan kanak-kanak kepada kandungan tidak sesuai. Malah, Roblox turut diharamkan di Turki atas sebab yang sama.

Laporan penyelidikan oleh Hindenburg dan Bloomberg Businessweek mendedahkan beberapa kes penyalahgunaan kanak-kanak di platform ini. Sejak 2018, lebih dua dozen individu telah ditangkap oleh pihak berkuasa AS atas dakwaan menganiaya atau menculik kanak-kanak yang mereka temui di Roblox.

Protokol keselamatan ini dibina untuk menjamin keselamatan keatas pengguna muda dan memberi lebih pengawasan kepada ibu bapa.

Berkaitan

  • Ramai Cari Telefon Ni Sebab Kamera, Bajet Bawah RM2000 Sahaja
  • Semua Model Samsung Galaxy S25 Dijangka Guna Cip Snapdragon 8 Elite
  • Honor MagicOS 9.0 Dilancarkan, Kini Penuh Dengan Ciri AI
  • Xbox Wireless Headset Dikemas Kini Dengan Ketahanan Bateri Sehingga 20 Jam
  • Google Messages Terima 5 Ciri Baharu Untuk Keselamatan Dan Privasi

Sumber: bloomberg

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY