Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Roblox Perkenal Protokol Baharu, Jamin Keselamatan Kanak-Kanak

Roblox Disaman, Didakwa Jadi Ruang Pemangsa Seksual Kanak-Kanak

Diterbitkan Ogos 19, 2025 oleh ariff bukhari

Negeri Louisiana, Amerika Syarikat, telah memfailkan saman terhadap Roblox dengan dakwaan platform itu memudahkan eksploitasi kanak-kanak serta penyebaran bahan penderaan seksual kanak-kanak.

Saman itu difailkan oleh Peguam Negara Liz Murrill, menuduh Roblox mengutamakan keuntungan berbanding keselamatan kanak-kanak, memandangkan lebih separuh daripada 82 juta pengguna harian adalah bawah umur 18 tahun.

Platform permainan dan penciptaan dalam talian Roblox ditubuhkan pada tahun 2004 dan membolehkan pengguna untuk bermain, mencipta dan berkongsi pengalaman maya.

Menurut institusi bukan berasaskan keuntungan, Institut Keselamatan Keluarga Dalam Talian (FOSI), Roblox yang berpusat di Lembah Silikon adalah salah satu platform dalam talian yang paling popular untuk kanak-kanak.

Roblox telah respon dengan menolak dakwaan itu sebagai “tidak benar” dan menegaskan ia sentiasa menambah baik ciri keselamatan, termasuk memperkenalkan kawalan ibu bapa jauh dan sekatan komunikasi bagi pengguna bawah 13 tahun.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Ketagihan TikTok Dan Reels Boleh Jadikan Pengguna Abaikan Risiko Kewangan -Kajian
  • (Video) Pelajar UiTM Hasilkan 41 Karya Animasi Membanggakan

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • TikTok Shop Naikkan Kadar Komisen Bagi Kebanyakan Kategori - Berkuat Kuasa 31 Oktober 2026
  • Prapesan iPhone Duo Kini Dibuka Di Malaysia - Harga Bermula RM9,499
  • Malaysia Percepat Reka Bentuk Cip Menerusi IP Arm, Enam Cip Tempatan Dilancarkan
  • 3 Digital Audio Player Bawah RM400
  • Senario Terburuk Krisis Iklim Di Asia Selatan, 40.5 Juta Penduduk Berisiko Jadi Pelarian Menjelang 2050
  • Genting Dan Huawei Akan Bersama Bangunkan Bandar Pintar Teknologi Di Johor
  • RAM Mahal? 8GB Sudah Cukup Untuk PC Windows 11 - Microsoft
  • Sony Walkman Baharu Dipacu Android Dilancar Pada Harga ~RM11,750
©2026 WISER.MY