Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Roblox Jamin Tingkat Keselamatan Melalui AI, Pemantauan Manusia – Hannah

Roblox Jamin Tingkat Keselamatan Melalui AI, Pemantauan Manusia – Hannah

Diterbitkan November 3, 2025 · Dikemas kini November 3, 2025 oleh Amalina Athman

Pihak Roblox memberi jaminan akan mempertingkat tahap keselamatan platform itu melalui penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pemantauan manusia.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata pihak Roblox turut memaklumkan kesediaan untuk bekerjasama dengan kerajaan Malaysia, khususnya dalam aspek perkongsian data serta pematuhan terhadap peraturan yang ditetapkan di negara ini.

“Sebagai Menteri Belia dan Sukan dan juga seorang ibu, saya risau apabila melihat bagaimana sesetengah permainan dalam talian boleh mempengaruhi tingkah laku dan emosi kanak-kanak. Platform seperti Roblox kini mempunyai lebih 100 juta pengguna di seluruh dunia termasuk lebih 1 juta di Malaysia. Dengan capaian sebesar ini, tanggungjawab melindungi pengguna muda tidak boleh dipandang ringan,” katanya dalam siaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, berlaku insiden melibatkan seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun yang dipercayai mencederakan adiknya berumur enam tahun, dengan kejadian itu dikaitkan dengan pengaruh permainan Roblox.

Susulan kejadian itu, Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil memaklumkan bahawa kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang meneliti mekanisme terbaik bagi mengawal selia permainan video dalam talian.

Selain itu, pihaknya juga sedang memantau dan meneliti keperluan untuk melesenkan sekurang-kurangnya 10 jenis permainan dalam talian, termasuk Roblox yang didapati tidak sesuai untuk kanak-kanak berusia bawah 16 tahun.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Kerajaan Cadang Naikkan Had Umur Pengguna Media Sosial Kepada 16 Tahun - Fahmi
  • ROBLOX Hadap Fahmi Fadzil, Bincang Pelaksanaan ONSA Di Platform Tersebut
  • Kerajaan Teliti Keperluan Lesenkan Permainan Dalam Talian - Fahmi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY