Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nokia X30 5G

RM2099 Merupakan Harga Rasmi Buat Telefon Nokia X30 5G Di Malaysia

Diterbitkan Oktober 26, 2022 oleh Amsyar Latif

Dua bulan lalu, HMD Global melancarkan secara rasmi telefon pintar Nokia X30 5G. Kini, peranti tersebut akhirnya menembusi pasaran Malaysia.

Dengan harga RM2099, peranti ini dikuasakan cip Snapdragon 695 dengan memori 8GB RAM serta storan dalaman seluas 256GB.

Berbekalkan bateri 4200mAh, ia mempunyai kelajuan mengecas 33W. Turut dilengkapi skrin berukuran 6.43″ AMOLED berkadar segar semula 90Hz. Kamera belakangnya sebesar 50MP dengan OIS serta padanan kamera ultra-lebar 13MP. Sementara 16MP ditugaskan lensa swafoto.

Berkaitan

  • Nokia Dilantik TIME Untuk Sedia Rangkaian Optik Rentas Malaysia, Singapura Dan Thailand
  • Nokia Umum Keluar Rusia, Akui Tidak Beri Kesan Besar Pada Kewangan
  • CEO Nokia: Telefon Pintar Akan Pupus Tahun 2030, Beralih Ke Cip Implan
  • Enam Telefon Nokia Yang Cetus Fenomena Dan Nostalgia
  • Tiada Lagi Kamera Zeiss Pada Telefon Nokia Selepas 16 Tahun
  • Nokia Turut Lancar Sebuah Telefon Bajet Tapi Guna MicroUSB

Melengkapkannya, penarafan IP67, pengimbas cap jari pada skrin serta imbasan wajah, menjalankan Android 12 dan menyokong kemas kini sehingga 3 tahun.

nokia x30 5g shopee

Tempahan awal sudah pun dibuka yang akan berakhir sehingga 31 Oktober ini dimana mana-mana pembeli bakal menerima sarung pelindung peranti dan TWS Nokia.

Beli Nokia X30 5G di Shopee – https://shope.ee/6pQCD4sp9P

Beli Nokia X30 5G di Lazada – https://invol.co/cleqgk0

Sumber: Siaran Akhbar Nokia

Foto utama: Nokia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY