CEO Nokia: Telefon Pintar Akan Pupus Tahun 2030, Beralih Ke Cip Implan

Di era globalisasi ini, telefon pintar menjadi satu keperluan dalam kehidupan kita sehingga ramai mengaku tidak boleh berpisah dengan telefon walau hanya untuk satu jam.

Bagaimanapun, Ketua Pegawai Eksekutif Nokia, Pekka Lundmark, mendakwa bahawa menjelang 2030, ramai orang akan berhenti menggunakan telefon mereka.

Lundmark berkata demikian kerana rangkaian 6G nanti akan dikomersialkan secara rasmi pada 2030.

Pekka Lundmark percaya ramai orang akan menggunakan produk elektronik boleh pakai dan juga cip implan dalam badan mereka.

Tambahnya lagi, keadaan selepas penggunaan komersial rangkaian 6G berbeza dengan era 5G sekarang.

Lundmark berkata waktu itu nanti semua orang akan menggunakan peranti seperti cermin mata pintar manakala cip dan peranti elektronik ditanam dalam tubuh manusia.

Menurut Lundmark, kelajuan rangkaian 6G nanti akan menjadi kira-kira 100 kali atau 1,000 kali lebih pantas daripada rangkaian semasa.

Sumber: The Statesman