Enam Telefon Nokia Yang Cetus Fenomena Dan Nostalgia

Nokia pada kemuncaknya telah menghasilkan lebih banyak telefon berbanding jenama lain pada zaman kegemilangannya.

Boleh dikatakan, syarikat itu boleh dianggap sebagai "godfather" telefon pintar dengan inovasi yang masih digunakan hari ini.

Nokia dulu bereksperimen dengan reka bentuk dan ciri telefon pintar yang kini telah menjadi ruji dalam telefon pintar yang kita gunakan.

Jadi, untuk memperingati kegemilangan Nokia, berikut ialah enam telefon Nokia yang 'legend' suatu ketika dahulu.

1. Nokia 3310 (2000)


nokia

Nokia 3310 memang tak asing lagi dah bagi kita semua, dan siap menerima beberapa gelaran seperti telefon sabun dan telefon tiga tiga sekupang.

Telefon ini bukanlah telefon tercanggih yang pernah dibuat oleh Nokia dan tidaklah menawarkan sambungan yang menarik.

Walau bagaimanapun, disebabkan pembinaannya yang sangat kukuh, telefon ini mendapat sambutan hebat di seluruh dunia.

3310 mempunyai reka bentuk yang sangat intuitif dan merupakan telefon pertama yang membenarkan pengguna menghantar tiga mesej SMS dalam satu masa.

Pad kekuncinya mudah untuk ditaip yang menjadikannya telefon popular untuk dimiliki oleh hampir semua orang.

2. Nokie E71 (2008)


nokia

Blackberry mendominasi dunia telefon sehinggalah Nokia melancarkan E-Seriesnya.

Nokia melancarkan E71 pada separuh akhir tahun 2000-an sewaktu Blackberry menghadapi pelbagai isu dengan telefon mereka terutamanya siri Bold.

Nikia E71 merupakan alternatif hebat kepada telefon Blackberry kerana ia menjadikan papan kekunci QWERTY yang lebih baik dan mampunyai sokongan untuk Wi-Fi.

Ia juga mempunyai kekunci makro untuk melancarkan e-mel, kenalan, dan kalendar terus dari pad kekunci menjadikannya lebih pantas untuk melancarkan aplikasi tersebut.

Lebih menarik, E71 turut dilengkapi dengan kamera belakang 3.2MP dan navigasi GPS.

3. Nokia 3650 (2002)


nokia

Nokia 3650 dilengkapi dengan skrin berwarna, kamera VGA yang mampu merakam kedua-dua gambar dan video serta papan kekunci bulat.

3650 juga merupakan telefon pintar Symbian Series 60 pertama yang dilancarkan, dengan storan 3.4MB yang terbina dalam telefon.

Sewaktu 3650 dilancarkan, Nokia memfokuskan kebolehan 3650 dalam merakam video, lantas menerima sejumlah besar kritikan daripada ramai orang.

Disebabkan rekaanya yang lain daripada lain, Nokia 3650 turut menjadi idaman ramai.

4. Nokia 5110 (1998)


nokia

Nokia 5110 dilancarkan pada tahun 1998, dengan rekaanya yang besar, kekunci dan bateri yang tahan lama.

Pilihan warna sarung telefon yang ditawarkan juga menjadi tarikan utama 5110 pada waktu itu.

Pengguna boleh menukar bahagian hadapan telefon, dan ada kedai yang khusus menjual antena custom yang boleh menyala.

Yang lebih menarik ialah permainan yang disediakan dalam telefon tentunya permainan Snake, yang menjadi hit dan digemari ramai.

Pendek kata, Nokia 5110 ini mengimbau nostalgia telefon mudah alih zaman 90-an.

5. Nokia N95 (2006)




Nokia N95 ialah salah satu telefon yang paling penting dalam sejarah Nokia serta dalam pasaran telefon.

Dibina dengan reka bentuk dwi-engsel (dual-hinge), N95 membolehkan kawalan muzik muncul di atas skrin.

Satu siri yang pertama diperkenalkan dengan Nokia N95, termasuk kamera yang menyokong 5MP dan navigasi GPS.

Disebabkan permintaan terhadap Nokia N95 tersangatlah tinggi, Nokia mengeluarkan versi N96 dengan storan 8GB, serta versi hitam yang lebih menarik.

6. Nokia N90 (2005)




Nokia N90 merupakan salah satu daripada tiga telefon bimbit yang dilancarkan oleh Nokia pada acara pengenalan siri N pada tahun 2005.

Ini merupakan satu lonjakan besar pada waktu, yang mana teknologi telefon dan komputer akhirnya bergabung.

N90 menjadi antara peranti yang menjadi perhatian, dan kelihatan seperti camcorder dengan butang telefon yang dicantumkan.

Rekaanya yang inovatif, telah mendahului telefon-telefon lain pada zaman itu.

{suggest}

Rumusan


Itulah dia antara 6 telefon Nokia yang pernah menempa nama dalam industri telefon. Namun sayang, kini zaman kegemilangan Nokia hanya tinggal kenangan.

Sumber: Stuff, Goodgearguide, MensXP

Berkaitan