Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nokia rusia

Nokia Umum Keluar Rusia, Akui Tidak Beri Kesan Besar Pada Kewangan

Posted on April 13, 2022April 13, 2022

Nokia melalui kenyataan rasmi mereka, mengumumkan bahawa mereka telah mengambil keputusan untuk keluar daripada pasaran Rusia.

Seperti dijangka, keputusan ini disebabkan konflik Rusia-Ukraine yang masih tidak berpenghujung.

Dalam proses ini, mereka sejak minggu lalu telah menghentikan perniagaan baharu dan penghantaran di Rusia.

Selain itu, Nokia juga telah memindahkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke luar negara tersebut.

Akan tetapi, syarikat dari Finland ini akan menyediakan sokongan yang diperlukan bagi menyelia rangkaian di negara tersebut selain memohon lesen berkaitan untuk menjalankannya secara sah.

Hal ini kerana banyak negara Barat khuatir dengan keadaan infrastruktur telekomunikasi di Rusia yang berisiko terjejas.

Jelas Nokia, Rusia menyumbang kurang daripada 2% jualan bersih mereka pada tahun lalu.

Jadi, mereka tidak menjangkakan tindakan mereka ini akan memberi kesan besar dari segi kewangan syarikat.

Baca juga:

  • Serik, Nokia Akui Mereka Tidak Lagi Akan Keluarkan Telefon Kelas Andalan
  • Nokia Dilantik TIME Untuk Sedia Rangkaian Optik Rentas Malaysia, Singapura Dan Thailand
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress