Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nokia c31 t21

Nokia Turut Lancar Sebuah Telefon Bajet Tapi Guna MicroUSB

Diterbitkan September 2, 2022 · Dikemas kini September 2, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Selain dua telefon 5G, Nokia turut melancarkan sebuah telefon bajet dan tablet baharu iaitu C31 dan T21.

Nokia C31

Telefon kelas permulaan ini dijana cip Unisoc 9863A1 dengan padanan storan 3GB/32GB, 4GB/64GB dan 4GB/128GB.

Ia menjalankan Android 12 dengan janji 2 tahun tampalan sekuriti namun tiada janji untuk kemas kini versi Android.

Nokia Turut Lancar Sebuah Telefon Bajet Tapi Guna MicroUSB

Walaupun peranti bajet, ia didatangkan dengan 3 kamera di belakang iaitu 13MP utama, 12MP makro dan 2MP bokeh. Untuk swafoto pula, ia menggunakan kamera 5MP.

Selain itu, baterinya pula sebesar 5050mAh namun ia terhad menyokong kepantasan kelajuan setinggi 10W.

Nokia Turut Lancar Sebuah Telefon Bajet Tapi Guna MicroUSB

Yang lebih malang lagi, ia menggunakan MicroUSB walaupun hanya berbaki menuju 2023.

Bagaimanapun, ia mempunyai perlindungan IP52. Varian terendahnya 3GB/3GB dijual pada harga $129 menurut Gizmochina namun GSMArena mengatakan ia bermula €240 iaitu sekitar RM1076 yang terlalu tinggi.

Berkaitan

  • Cara Semak Stesen Minyak Yang Jual Kad TNG NFC
  • Cara Semak Berapa Banyak Anda Sudah Habiskan Di Shopee Selama Ini
  • Ramai Tak Sedar, Ini Benda Wajib Anda Buat Sejurus Memiliki Kad TNG
  • Cara Ketahui Harga Sebenar Produk Di Shopee Dan Lazada Sebelum "Diskaun"
  • Skor Markah DxOMark Bagi Kamera Xiaomi 12S Ultra Lebih Rendah Berbanding 11 Ultra
  • Nokia Lancar TWS, Clarity Earbud 2 Pro Dan Pembesar Suara
  • Nokia Turut Lancar Sebuah Telefon Bajet Tapi Guna MicroUSB

Nokia T21

Tablet ini dilengkapkan LCD bersaiz 10.4″ dengan nisbah 15:9 dan panel LCD. Ia menjalankan Android 12 dan dijanjikan Nokia 2 tahun kemas kini versi Android dan 3 tahun tampalan sekuriti.

Nokia Turut Lancar Sebuah Telefon Bajet Tapi Guna MicroUSB

Ia dijana cip Unisoc T612 dengan RAM sebesar 4GB bersama pilihan storan 64GB dab 128GB.

Ia menyokong sylus aktif seperti (Wacom WGP dan Wacom Active ES 2.0) dan boleh dijadikan paparan kedua untuk komputer Windows.

Menariknya, ia boleh dimuatkan 2 kad sim jika tidak dimasukkan kad memori microSD.

Dua kamera ialah 8MP, masing-masing di belakang dan hadapan.

Bukan itu saja, ia mempunyai bateri sebesar 8,200mAh dan boleh menerima kelajuan pengecasan maksimum 18W.

Untuk versi Wi-Fi 4GB/64GB, dia dijual pada harga €130 (~RM580).

Sumber: GSMArena, Gizmochina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY