Nokia Perkenal Dua Telefon 5G Baharu, Bermula ~RM1,430

Nokia dalam acara IFA 2022 telah melancarkan sekurang-kurangnya 4 peranti merangkumi telefon dan tablet, TWS dan pembesar suara.

Berikut 2 telefon baharu yang menyokong 5G daripada siri X dan G.

Nokia X30 5G

Telefon ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 695 dengan padanan 6GB/28GB dan 8GB/256GB (UFS 2.2).

Untuk paparan, ia dilengkapi skrin AMOLED berukuran 6.43" bernisbah 20:9 bersama kadar segar 90Hz. Menariknya, kali terakhir Nokia menggunakan AMOLED ialah pada Nokia 9 PureView, 3 tahun dulu.



Lensa 50MP utama bersama OIS di belakang menjadi taruhan model ini dan ia dilindungi Corning Gorilla Glass DX+. Kamera swafoto pula 16MP.

Dilancarkan dengan Android 12, model ini dijanjikan 3 kemas kini versi Android, 3 tahun tampalan sekuriti dan 3 tahun lanjutan jaminan.

Nokia X30 5G and G60 5G unveiled with SD 695 and a promise of 3 OS updates

Ia mempunyai bateri sebesar 4200mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W.

Di Eropah, harga pasarannya ialah €530 iaitu sekitar RM2,370.

{suggest}

Nokia G60 5G

Antara persamaan model ini dengan X30 di atas ialah sebahagian tubuh diperbuat daripada bahan kitar semula, sokong 5G, Snapdragon 695, kamera 50MP utama, dijanjikan 3 versi Android, 3 tahun kemas kini sekuriti dan 3 tahun jaminan lanjutan.

Ia mempunyai 3 konfigurasi storan iaitu 4GB/64GB, 4GB/128GB and 6GB/128GB (UFS 2.2).

Nokia X30 5G and G60 5G unveiled with SD 695 and a promise of 3 OS updates

Skrinnya lebih besar 6.58" namun hanya menggunakan panel LCD dengan kadar segar 120Hz. Dua lagi kamera belakang ialah sudut lebar 5MP dan bokeh. Kamera swafoto pula 8MP dalam takuk,

Namun, baterinya lebih 4500mAh dengan pengecasan pantas 20W.

Harganya pula €320 sekitar RM1,430.

Sumber: GSMArena