Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi 15C_1

Redmi 15C Dilancarkan, Harga Bermula RM429

Diterbitkan September 9, 2025 · Dikemas kini September 12, 2025 oleh Amalina Athman

Xiaomi hari ini melancarkan peranti kelas permulaan, Redmi 15C, untuk pasaran Malaysia.

Redmi 15C menampilkan skrin 6.9-inci HD+ yang menyokong kadar segar semula sehingga 120Hz serta kecerahan maksimum 660 nit. Ia juga menerima penarafan IP64 serta dilengkapi Wet Touch Technology 2.0 yang memastikan skrin kekal responsif walaupun digunakan dengan jari basah.

Redmi 15C_KSP 4_1200x1200
Redmi 15C_KSP 1_1200x1200
Redmi 15C_KSP 3_1200x1200

Sama seperti POCO C85, peranti ini menggunakan cip MediaTek Helio G81-Ultra dengan pilihan memori sehingga 8GB RAM LPDDR4x serta storan dalaman sehingga 256GB berasaskan eMMC 5.1. Redmi 15C menjalankan sistem operasi Xiaomi HyperOS 2.

Untuk kamera, peranti ini didatangkan dengan kamera utama 50MP serta 8MP swafoto.

Bagi menghidupkan peranti, Redmi 15C dimuatkan bateri 6,000mAh bersama sokongan pengecasan 33W, pengecasan wayarles serta pengecasan berbalik.

Redmi 15C_KSP 2_1200x1200

Peranti ini juga menawarkan ciri asas seperti sokongan dwi-SIM, bicu audio 3.5mm, port USB-C, Bluetooth 5.1 dan Wi-Fi 2.4GHz/5GHz.

Redmi 15C_2

Redmi 15C tersedia dalam empat pilihan warna iaitu Midnight Black, Mint Green, Moonlight Blue dan Twilight Orange.

Untuk pasaran Malaysia, ia dijual pada harga RM429 untuk varian 6GB + 128GB dan RM529 bagi varian 8GB + 256GB. Redmi 15C boleh didapati di semua kedai rasmi Xiaomi Malaysia serta secara dalam talian melalui mi.com, Shopee dan Lazada.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Redmi 15 5G Kini Dilancarkan - Bateri 7,000mAh, Harga RM729
  • Xiaomi Dilapor Uji Model Redmi Baharu Dengan Bateri Sehingga 9,000mAh
  • POCO C85 Dilancarkan - Bateri 6000mAh, Skrin 120Hz, Harga Bermula RM399

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY