Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
POCO C85_featured image

POCO C85 Dilancarkan – Bateri 6000mAh, Skrin 120Hz, Harga Bermula RM399

Diterbitkan September 2, 2025 ยท Dikemas kini September 2, 2025 oleh Amalina Athman

POCO kini melancarkan peranti terbaharu, POCO C85, untuk pasaran tempatan.

POCO C85_Blue&Purple&Black

Menyentuh spesifikasi, POCO C85 dilengkapi skrin 6.9-inci HD+ dengan sokongan kadar segar semula adaptif 120Hz dan kecerahan maksimum 660 nit. Ia turut hadir dengan teknologi Wet Touch Technology 2.0 yang memastikan skrin kekal responsif walaupun digunakan dengan jari basah.

POCO C85 Touch

Peranti ini dikuasakan cip pemproses MediaTek Helio G81-Ultra dengan konfigurasi memori sehingga 8GB RAM LPDDR4x serta storan sehingga 256GB berasaskan eMMC 5.1, yang menyokong penambahan storan melalui kad mikroSD sehingga 1TB.

Untuk keupayaan fotografi, POCO C85 menampilkan kamera utama 50MP serta 8MP swafoto.

POCO C85_4

Ia dibekalkan bateri 6,000mAh yang menyokong pengecasan 33W melalui port USB Type-C serta 10W pengecasan berbalik (berwayar).

Lain-lain termasuk sokongan Bluetooth 5.4, bicu audio 3.5mm, penarafan IP64 serta menjalankan Xiaomi HyperOS 2.

POCO C85_1

POCO C85 tersedia dalam tiga pilihan warna iaitu Black, Purple and Green.

Harga dan ketersediaan

POCO C85

POCO C85 kini boleh didapati melalui mi.com serta kedai rasmi POCO di Shopee dan Lazada. Untuk pasaran tempatan, varian 6GB/128GB dijual pada harga promosi RM399, manakala varian 8GB/256GB ditawarkan pada harga promosi RM459.

Berkaitan

  • POCO C71, Telefon Bajet Baharu - Harga Serendah RM269
  • POCO F7 Kini Rasmi - Cip Snapdragon 8s Gen 4, Harga Bermula RM1599
  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • POCO M7 Dilancarkan - Bateri Besar, Harga Bermula RM469

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY