Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Redmi Note 13 Series Featured Image

Xiaomi Dilapor Uji Model Redmi Baharu Dengan Bateri Sehingga 9,000mAh

Diterbitkan Ogos 11, 2025 · Dikemas kini Ogos 11, 2025 oleh ariff bukhari

Berdasarkan kepada info yang dikongsikan di platform Weibo, Xiaomi dilaporkan sedang menguji telefon pintar Redmi dengan kapasiti bateri antara 8,500 hingga 9,000mAh, menggunakan bateri ciptaan sendiri tanpa menjejaskan kitar hayat pengecasan.

Peranti ini dikatakan setebal 8.5mm, sama seperti kebanyakan model Redmi lain, tapi belum diketahui model mana yang akan menjadi yang pertama menggunakan bateri besar ini.

Ketika ini, Redmi Turbo 4 Pro dengan bateri 7,550mAh adalah model Xiaomi yang dilengkapi dengan bateri kapasiti tertinggi.

Honor sebelum ini tmenerusi siri HONOR Power telah pun melancarkan peranti dengan bateri sebesar 8,000mAh bersama sokongan pengecasan 66W.

Malah HONOR turut dikhabarkan bakal melancarkan peranti dengan kapasiti bateri setinggi 10,000mAh.

Berkaitan

  • HONOR Power Dilancarkan Dengan Bateri 8,000mAh, Snapdragon 7 Gen 3
  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Bateri ASTRA Kini Diiktiraf SIRIM, Jenama Tunggal Bateri Di Malaysia Terima Pengesahan Penuh

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Mini PC ASUS ProArt GR1X Dengan NVIDIA RTX Spark Berharga RM25,200 Di Malaysia
  • Tiga Angkasawan Termasuk Seorang Dari Pakistan Berjaya Berlepas Ke Stesen Angkasa Tiangong
  • YTL AI Lab Lancar Cikgu ILMU, AI Percuma Bantu Ibu Bapa Bimbing Pembelajaran Anak
  • XPENG Perkenal WorldGPT, Model AI Fizikal Untuk Kereta, Robot Dan Dron
  • Kioxia Bangunkan Memori Flash Baharu, 135% Lebih Cekap Tenaga Ketika Membaca Data
  • Samsung Lancar Monitor Gaming Dengan Kadar Segar Semula 1,100Hz Pertama Di Dunia
  • Kerajaan Teliti Pindaan Undang-Undang Bagi Paparan Kad Pengenalan Secara Digital – Gobind
  • Huawei Bebas Tuduhan Jenayah Terancang Di AS, Bersalah Atas 10 Pertuduhan Lain
©2026 WISER.MY