Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga Redmi 15_

Redmi 15 5G Kini Dilancarkan – Bateri 7,000mAh, Harga RM729

Diterbitkan Ogos 8, 2025 oleh Amalina Athman

Xiaomi kini mengumumkan pelancaran peranti baharu, Redmi 15 5G, untuk pasaran global.

Dari segi spesifikasi, Redmi 15 hadir dengan paparan FHD+ bersaiz 6.9-inci yang menyokong kadar segar semula 144Hz.

Peranti ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 6s Gen 3 bersama gandingan 8GB RAM LPDDR4x dan 256GB storan berasaskan UFS 2.2 yang boleh diperluas menerusi kad mikroSD sehingga 2TB.

Untuk fotografi, peranti ini menampilkan sistem dwi-kamera 50MP di bahagian belakang, manakala kamera swafoto pula menggunakan sensor 8MP.

harga Redmi 15_1

Redmi 15 dibekalkan bateri berkapasiti 7,000mAh yang menyokong pengecasan 33W melalui port USB-C dan pengecasan berbalik 18W. 

Dari segi perisian dan sambungan, ia menjalankan Xiaomi HyperOS 2 dan menyokong sambungan 5G, penarafan IP64 serta ciri pintar seperti Circle to Search, Google Gemini dan Xiaomi Interconnectivity.

Redmi 15 Price KV (Vertical)

Redmi 15 5G ditawarkan pada harga RM729 dalam tiga pilihan warna iaitu Ripple Green, Titan Gray dan Midnight Black.

Berkaitan

  • Pelajar Sarawak, Ini Lokasi Sah Dan Cara Untuk Tebus 'Laptop' Percuma Anda
  • Siri Redmi Pad 2 Dilancarkan - Harga Bermula RM599
  • Redmi Note 14 Pro 5G BamBam Edition Kini Di Malaysia – Harga RM1,299
  • Xiaomi Buka Stor Terbesar Di Malaysia Dengan Promosi Eksklusif

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY