Reddit kini mula menguji peletakan iklan (ad placement) pada halaman hasil carian di platform itu.
Menurut Reddit, iklan tersebut boleh dipaparkan berdasarkan beberapa faktor, termasuk kesesuaian konteks dengan kata kunci carian pengguna.
Sebagai contoh, pengguna yang mencari “espresso station” mungkin melihat iklan mesin espresso, biji kopi atau cawan. Begitu juga apabila pengguna mencari “home office setup”, iklan monitor, meja atau kerusi pejabat boleh dipaparkan dalam hasil carian.

Peletakan iklan ini memanfaatkan sistem penyasaran iklan sedia ada pada halaman hasil carian Reddit, yang menjadi tempat pengguna mencari maklumat atau produk sebelum membuat pembelian.
Bagaimanapun, ujian ini masih di peringkat awal dan hanya melibatkan sekumpulan pengiklan terpilih yang memenuhi syarat. Sepanjang tempoh ini, Reddit akan menilai respons pengguna terhadap iklan berkenaan sebelum menambah baik pengalaman tersebut untuk pengguna dan pengiklan dari semasa ke semasa.
