Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Reddit Saman Anthropic, Tuduh Curi Data Komuniti Untuk Latih AI Claude

Posted on Jun 5, 2025

Reddit telah memfailkan saman terhadap syarikat AI, Anthropic, dengan dakwaan menyalahgunakan berjuta-juta komen pengguna dari platform tersebut untuk melatih bot sembang Claude tanpa kebenaran atau bayaran.

Tindakan undang-undang ini menandakan satu lagi babak penting dalam pertembungan antara penyedia kandungan dan syarikat AI, yang semakin agresif menggunakan data terbuka untuk melatih model AI generatif.

Anthropic, yang diasaskan oleh bekas eksekutif OpenAI dan kini bernilai sekitar $61.5 bilion, dituduh telah mengakses pelayan Reddit lebih 100,000 kali sejak Disember 2021. Ini berlaku walaupun syarikat tersebut secara terbuka mendakwa sudah menyekat bot mereka daripada platform itu.

Reddit, yang kini sudah ada perjanjian rasmi dengan Google dan OpenAI untuk membenarkan penggunaan kandungan mereka, mendakwa Anthropic telah melanggar syarat platform.

Reddit mahu syarikat itu membayar ganti rugi dan dihentikan daripada terus menggunakan kandungan Reddit tanpa izin. Mereka juga minta kes ini dibicarakan di mahkamah dengan juri.

Anthropic yang memaklumkan kepada AFP menafikan tuduhan dan menyatakan akan mempertahankan diri dengan tegas.

Saman ini berlaku dalam konteks yang lebih besar. Pemuzik, penulis buku, artis dan penerbit berita turut mengambil tindakan undang-undang terhadap penggunaan karya mereka oleh syarikat AI tanpa kebenaran.

Industri AI pula biasanya mempertahankan amalan ini dengan alasan “fair use”.

Walaupun kebanyakan kes masih di peringkat awal, keputusan mahkamah nanti boleh memberi kesan besar kepada masa depan industri AI, termasuk bagaimana data awam digunakan untuk melatih model bahasa.

{suggest}

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress