Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme 11 pro siri

realme Juga Akan Keluar Dari Pasaran China – Fokus Pasaran Global

Diterbitkan Julai 16, 2026 · Dikemas kini Julai 16, 2026 oleh Amalina Athman

Selepas OnePlus mengesahkan tidak lagi akan melancarkan produk baharu di Amerika Utara dan Eropah, realme pula kini mengumumkan langkah serupa dengan berundur dari pasaran China.

Naib Presiden realme, Chase Xu (Xu Qi), menerusi surat terbuka di Weibo berkata keputusan itu dibuat selepas pertimbangan yang panjang. Menurutnya, langkah tersebut adalah sebahagian daripada usaha syarikat untuk memberikan tumpuan lebih besar kepada pasaran global.

“Hari ini, saya ingin memberitahu semua orang secara jujur: realme akan menekan butang pause bagi pasaran China. Ini adalah pilihan yang dibuat setelah dipertimbangkan berulang kali. Pada masa hadapan, kami akan memfokuskan sumber untuk menerokai pasaran luar negara secara mendalam, menumpukan pada prestasi dan arena permainan (gaming), serta membawa leap-forward technology ke peringkat global,” katanya.

Bagi pengguna realme di China yang sudah memiliki peranti sedia ada, syarikat itu memberi jaminan bahawa sokongan selepas jualan serta perkhidmatan berkaitan waranti akan diambil alih sepenuhnya oleh OPPO.

Sama seperti OnePlus, pengguna realme juga akan diberikan pilihan untuk beralih ke ColorOS selepas versi generasi baharu sistem operasi itu tersedia melalui kemas kini rasmi.

Berkaitan

  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • OnePlus Dan realme Dilaporkan Bergabung Di China
  • realme 16T 5G Rasmi – 8,000mAh, Tahan Lasak, Harga RM1,399
  • OnePlus Sahkan Tiada Lagi Pelancaran Produk Baharu Di Amerika, Eropah

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY