Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT Neo 5 SE, Antara Peranti Terawal Guna Snapdragon 7+ Gen 2

realme GT Neo 5 SE, Antara Peranti Terawal Guna Snapdragon 7+ Gen 2

Diterbitkan April 10, 2023 · Dikemas kini April 10, 2023 oleh Firdaus

Sebelum ini, realme telah melancarkan GT Neo 5 dengan pengecasan terpantas 240W. Pada bulan April, realme telah melancarkan variasi kepada peranti itu, realme GT Neo 5 SE.

GT Neo 5 SE boleh kita anggap sebagai peranti midrange dalam siri GT Neo 5 yang baru ini.

realme GT Neo 5 SE, Antara Peranti Terawal Guna Snapdragon 7+ Gen 2

Spesifikasi GT Neo 5 SE

GT Neo 5 SE dikuasakan cip istimewa Snapdragon 7+ Gen 2, memori RAM LPDDR5X hingga 16GB dan storan UFS 3.1 1TB untuk model paling berkuasa.

Peranti ini mempunyai skrin OLED 6.74″ yang beresolusi 1.5K, kadar segar semula 144Hz dan menyokong kecerahan hingga 1,400 nits.

realme GT Neo 5 SE, Antara Peranti Terawal Guna Snapdragon 7+ Gen 2

Versi SE ini tidak menyokong slot kad mikroSD, dan dijalankan menggunakan realme UI 4.0 yang berasaskan Android 13. Selain itu, ia mempunyai bicu audio 3.5mm, NFC, pembesar suara stereo dan banyak lagi ciri menarik.

realme GT Neo 5 SE ini disokongkan bateri 5,500mAh dengan pengecasan pantas 100W. Peranti ini hadir dengan tetapan 3 kamera – 64MP utama, 8MP ultra-lebar, 2MP makro dan 16MP swafoto.

Harga dan Ketersediaan

realme GT Neo 5 SE ini hadir dalam 4 konfigurasi dan berikut merupakan harga jualan bagi setiap model:

  • 8 GB RAM + 256 GB storage – 2,099 Yuan (~RM1,350)
  • 12 GB RAM + 256 GB storage – 2,299 Yuan (~RM1,475)
  • 12 GB RAM + 256 GB storage – 2,399 Yuan (~RM1,550)
  • 16 GB RAM + 1 TB storage – 2,599 Yuan (~RM1,670)

Mengikut sumber, peranti ini berkemungkinan besar akan hadir untuk pasaran global tetapi akan menggunakan nama yang lain.

Berkaitan

  • Laman Web Tesla Mula Paparkan Jawatan Kosong Di Malaysia
  • HarmonyOS Mengejar Dominasi Pasaran Sistem Operasi Android Dan iOS
  • Rangkaian 5G Kini Capai 55% Kawasan Berpenduduk - Fahmi Fadzil
  • PETRONAS Bangunkan Formula Gabungkan Bateri Litium-Ion Dengan Graphene
  • Ini Mungkin Rupa iPhone 15, Bezel Lebih Nipis Dengan Warna Baru

Sumber: Gizmochina

Gambar utama:Gizmochina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY