Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
rumours iphone 15 10

Ini Mungkin Rupa iPhone 15, Bezel Lebih Nipis Dengan Warna Baru

Diterbitkan April 10, 2023 oleh Aminuddin Ahmad

iPhone 15 ialah siri baharu yang dijangka rasmi pada bulan September nanti. Oleh itu, banyaklah ura-ura disebarkan berkaitan rekaan dan spesifikasinya.

Terkini, 9to5Mac berkongsi imej beresolusi tinggi yang menjelaskan lagi pada kita kemungkinan rupa iPhone 15 kelak.

rumours iphone 15 1

Antaranya ialah kerangka diperbuat daripada titanium. Jika benar, maka ia akan menjadi telefon pertama dari Apple yang guna titanium.

Setakat ini, hanya Apple Watch yang menggunakan bahan titanium. Sebelum itu, PowerBook G4.

rumours iphone 15 9

Bukan itu sahaja, bercakap soal kerangka, turut dikhabarkan bucu sisi iPhone 15 akan lebih melengkung berbanding iPhone 12 hingga 14.

rumours iphone 15 12

Jangan salah faham, ia bukan sisi melengkung seperti iPhone 6 dulu, tetapi seperti iPhone 5C yang mana masih petak tetapi lebih membulat hujungnya. Jadi, tidak terasa tajam ketika memegangnya.

rumours iphone 15 2

rumours iphone 15 3

Bagi kamera pula, bonjol kamera pula kali ini lebih tebal daripada iPhone 14 Pro, bahkan dikatakan 2 kali ganda. Tapi, sedikit ganjil kerana bonjol pada iPhone 15 Pro Max akan lebih nipis.

rumours iphone 15 5

Dilaporkan juga lensa periskop kali ini terhad untuk model Pro Max dan akan menggunakan teknologi sensor baharu yang akan menangkap lebih banyak cahaya dan mengurangkan isu overexposure dan underexposure.

rumours iphone 15 7

Bab pengecasan pula, seperti anda tahu, hanya akan menyokong USB-C yang diiktiraf Apple.

Berkaitan

  • Panel Skrin iPhone 15 Didakwa Tertiris, Perlihatkan Bezel Lebih Nipis
  • iPhone 15 Pro Max Dilapor Bakal 'Pecah Rekod' Untuk Bezel Paling Nipis
  • Tiada Lagi Suis, Imej Tertiris Perlihatkan iPhone 15 Pro Dengan Butang 'Silent'
  • Cetakan 3D Yang Didakwa Siri iPhone 15 Tampak Berbeza Dengan Siri iPhone 14
  • Suis 'Silent' iPhone 15 Pro Mungkin Diganti Dengan Butang Pelbagai Guna

Jika anda mengikuti berita tentang iPhone 15 anda pasti sedar tentang khabar angin bahawa ia akan hadir dengan butang jenis solid-state seperti butang home iPhone 7.

rumours iphone 15 8

Maksudnya, ia bukan butang mekanikal biasa tetapi kesan haptiknya dijana motor dalam peranti. Jika anda matikan telefon, anda tidak akan merasa apa-apa kesan bila menekannya.

rumours iphone 15 6

Butang jenis ini ialah untuk volume dan butang ‘silent’. Oh ya, suis ‘silent’ yang sekarang akan digantikan dengan butang.

rumours iphone 15 11

Untuk paparan pula, bezel kali ini akan menjadi paling nipis dalam sejarah iPhone iaitu hanya 1.55mm. Malah, kaca hadapan dan belakang juga akan mempunyai sedikit lengkungan, menampakkannya selari dengan kerangka titanium.

rumours iphone 15 10

Bab warna pula, telefon kali ini mungkin dijual dalam pilihan warna baharu iaitu merah gelap yang seakan-akan maroon. Ia akan menggantikan Deep Purple.

Sumber: 9to5Mac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY