Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Tesla_Business Insider

Laman Web Tesla Mula Paparkan Jawatan Kosong Di Malaysia

Diterbitkan April 7, 2023 ยท Dikemas kini April 7, 2023 oleh Amalina Athman

Pada Mac lalu, kerajaan telah meluluskan permohonan Tesla bagi mengimport Battery Electric Vehicles (BEV) untuk pasaran tempatan. Dengan pengumuman itu, Tesla akan membuka ibu pejabat, pusat perkhidmatan serta rangkaian Supercharger.

Ia sekali gus bakal mewujudkan peluang pekerjaan tenaga mahir untuk rakyat Malaysia. Seiring dengan itu, laman web Tesla kini mula memaparkan jawatan kosong yang tersedia di negara ini.

Berkaitan

  • MITI Lulus Permohonan Tesla Untuk Import Kereta BEV
  • Tesla Bangunkan 'Gigafactory' Di Mexico Dengan Kos Lebih RM15 Bilion

Antara jawatan yang tersedia termasuk juruteknik sokongan IT, pengambilan pekerja, sokongan perniagaan dan operasi, jualan dan khidmat pelanggan, pengurus stor dan sebagainya.

Secara keseluruhannya, terdapat 9 jawatan kosong yang sedang dibuka untuk permohonan, dengan kesemuanya bertempat di Kuala Lumpur. Dengan penyenaraian jawatan kosong tersebut, dijangkakan Tesla akan memulakan operasi di Malaysia tidak lama lagi.

Bagi anda yang berminat untuk membuat permohonan atau mengetahui lebih lanjut mengenai jawatan kosong berkenaan, layari laman web Tesla Career.

Sumber: Tesla

Gambar utama: Business Insider

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri HUAWEI WATCH 6 Rasmi, Harga Bermula RM1,799
  • Inovasi Pelajar MRSM Tun Abdullah Ahmad Badawi Dinobatkan Sebagai Juara Junior Innovathon 2026
  • Portal Sekolahku Himpunkan Maklumat Sekolah Seluruh Negara Dalam Satu Platform
  • Guna AI Cari Kelemahan PS5, Penggodam Terima AS$50,000 Daripada Sony
  • Mini PC ROG Dengan RTX 5090 Ini Boleh Anda Milikinya Pada Harga RM38,759
  • Navigasi TuJu Belum Pulih, Kini Arahkan Pengguna Android Ke Google Maps
  • China Berjaya Sambungkan 'Power Bank' Karbon Dioksida Mampat Ke Grid Elektrik
  • Kekurangan RAM Dijangka Berlarutan Hingga 2030, Harga Peranti Mungkin Kekal Tinggi
©2026 WISER.MY