PETRONAS Bangunkan Formula Gabungkan Bateri Litium-Ion Dengan Graphene

PETRONAS melancarkan produk berteknologi tinggi terbaru bagi menangani isu kakisan yang menjejaskan integriti aset.

Teknologi tahan karat yang dirumus menggunakan bahan dari graphene itu adalah merupakan bahan termaju yang digunakan sebagai bahan tambahan cat untuk struktur keluli.

Dikenali sebagai ProShield+, teknologi yang dibangunkana PETRONAS itu terbukti dapat mengukuhkan rintangan salutan terhadap keadaan cuaca yang teruk dan melindungi aset daripada agen yang menghakis.

Secara keseluruhannya, formulasi itu mengandungi sifat penghalang air tiga kali lebih tinggi daripada cat epoksi konvensional dan membantu meningkatkan lekatan serta rintangan terhadap lelasan dan ultraungu (UV).



ProShield+ boleh ditambah pada sistem cat utama untuk menggandakan jangka hayat purata salutan permukaan untuk bertahan sehingga 16 tahun.

Ia tidak memerlukan sebarang perubahan pada proses pengadunan cat sedia ada dan boleh digunakan dengan cara yang sama seperti lapisan cat lain.



Di bawah portfolio bahan termajunya itu juga, PETRONAS turut berjaya membangunkan formulasi berasaskan graphene yang boleh digabungkan ke dalam bateri litium-ion untuk meningkatkan prestasi, kitaran hayat dan keupayaan pelesapan haba; serta satu yang boleh disembur pada komposit untuk meningkatkan sifat mekanikal.

“Sebagai pemain global yang dinamik dalam industri tenaga, PETRONAS secara progresif melangkah keluar dan sentiasa mengejar inovasi untuk menangani masalah masalah perniagaan dan kebimbangan kemampanan. ProShield+, produk bahan termaju pertama PETRONAS, hasil daripada penyelidikan dan pembangunan khusus dalam bahan termaju, merupakan sebahagian daripada usaha dinamik PETRONAS dalam bidang pertumbuhan untuk memudahkan peralihan tenaga.” Naib Presiden Kanan Penyampaian Projek dan Teknologi PETRONAS Datuk Bacho Pilong,

{suggest}

Sumber: PETRONAS