Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme fast charging

realme Akan Perkenal Teknologi Pengecasan Terpantas Pada 14 Ogos

Diterbitkan Ogos 9, 2024 · Dikemas kini Ogos 9, 2024 oleh Amalina Athman

realme kini mengumumkan teknologi pengecasan terpantas di dunia bakal diperkenalkan pada 14 Ogos 2024.

Syarikat itu tidak memperincikan butiran secara jelas, namun spekulasi mengatakan bahawa realme akan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas 300W.

realme breaks the charging speed record again! Wanna see the miracle of the fastest charging in the world? See you on 14th August! #realme828Fanfest #FastestCharge pic.twitter.com/NQMbRgVBK1

— realme Global (@realmeglobal) August 8, 2024

Pada masa ini, realme memegang rekod pengecasan terpantas pada telefon pintar komersial – GT Neo 5 dilancarkan di China dengan pengecasan pantas 240W dan kemudiannya dibawa masuk ke pasaran global, termasuk Malaysia, di bawah penjenamaan realme GT3. Syarikat itu menjanjikan pengecasan penuh dalam masa kurang dari 10 minit, bergantung kepada kapasiti bateri.

Seperti pengecasan 240W, teknologi pengecasan pantas baharu ini mungkin tidak akan dilaksanakan untuk telefon pintar komersial sewaktu pengenalannya. Sehingga itu, nantikan acara yang akan berlangsung minggu depan bagi mengetahui perincian lanjut mengenainya.

Berkaitan

  • (Ulasan) realme Note 50 - Telefon Bajet Yang Bukan Sekadar Ala Kadar
  • Siri realme GT 6 Dilancar, Harga Bermula RM2,399
  • realme C65 Mula Tersedia Esok, Harga Rasmi RM699
  • realme GT 6 Rasmi Di China, Ini Bezanya Dengan Versi Malaysia

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY