Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT Neo5

realme GT Neo5 Dilancar, Pertama Di Dunia Dengan Kelajuan Cas 240W

Diterbitkan Februari 9, 2023 · Dikemas kini Februari 9, 2023 oleh Firdaus

Sebelum ini, saya ada kongsikan berita akan pelancaran siri realme GT Neo5 bakal dilancarkan pada 9 Februari, hari ini.

Dan peranti baharu, siri GT Neo5 telah dirasmikan realme untuk pasaran China dengan menawarkan pengecasan paling pantas di dunia ketika ini, 240W.

Untuk pengetahuan pembaca, kemasukan baharu dalam keluarga peranti realme ini adalah yang paling berkuasa daripada jenama itu sendiri.

Spesifikasi realme GT Neo5

realme GT Neo5 dikuasakan cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen 1 dan adalah peranti pertama dengan pengecasan pantas Super VOOC 240W.

realme GT Neo5

Dari segi paparan, peranti ini menggunakan skrin berukuran 6.74 inci beresolusi 1.5K yang menyokong kadar segar semula 144Hz.

Peranti ini akan menggunakan sensor kamera utama Sony IMX890 dengan sokongan OIS. Selain itu, realme GT Neo5 akan menggunakan realme UI 4.0.

realme GT Neo5(1)

Harga Jualan Di Pasaran China

realme GT Neo5

realme menawarkan 5 variasi dalam peranti realme GT Neo5 dengan harga jualan rasmi di pasaran China seperti di bawah:

GT Neo5 dengan pengecasan pantas 240W:

  • 16GB RAM + 1TB ROM – CNY3,499 (~RM2,227.00)
  • 16GB RAM + 256GB ROM – CNY3,199 (~RM2,036.00)

GT Neo5 dengan pengecasan pantas 150W:

  • 16GB RAM + 256GB ROM – CNY2,899 (~RM1,845.00)
  • 12GB RAM + 256GB ROM – CNY2,699 (~RM1,718.00)
  • 8GB RAM + 256GB ROM – CNY2,499 (~RM1,590.00)

Menariknya, realme telah menarik taraf model paling asas dalam siri GT Neo5 ini kepada storan 256GB berbanding 128GB sahaja.

Walau bagaimanapun, siri ini akan dijenamakan kepada realme GT3 untuk pasaran global yang akan dilancarkan pada bulan ini juga.

#realmeGT3 is bringing #SpeedtotheMax! Stay tuned for more updates 🔥💨 pic.twitter.com/5xCyMp4ISg

— realme Global (@realmeglobal) February 9, 2023

Oleh itu, kami menjangkakan GT Neo5 (GT3) ini akan hadir untuk pasaran Malaysia tidak lama lagi.

Berkaitan

  • vivo X90 Dan X90 Pro Tiba Di Malaysia - Sensor 1 Inci, Kamera ZEISS, 120W
  • POCO X5 Pro Rasmi, Cip Snapdragon 778G Pada Harga Bermula RM1299
  • (Reaksi Awal) Samsung Galaxy S23 Ultra - Ada Formula Sendiri Nak Pikat Hati Pembeli
  • OPPO Reno8 T 5G Dijual Di Malaysia Pada Harga RM1,799, Versi 4G Pula RM1,399
  • OnePlus Buds Pro 2 Rasmi, Ditala Oleh Hans Zimmer

Sumber: Weibo

Gambar utama: Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY