Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-04T143659.765

realme C65 Mula Tersedia Esok, Harga Rasmi RM699

Diterbitkan Julai 4, 2024 oleh Muhd Idham

Kalau awal bulan Jun yang lepas realme telah melancarkan model untuk siri C yang terbaru iaitu realme C63, kini hadir lagi tambahan untuk siri yang sama iaitu realme C65.

realme C65 Mula Tersedia Esok, Harga Rasmi RM699

Telefon ini dikuasakan oleh MediaTek Helio G85 (2.0GHz) dengan sokongan GPU ARM Mali-G52, memori LPDDR4X dan kemampuan storan tambahan sehingga 2TB.

Untuk skrin, ia hadir dengan saiz 6.67 inci yang mempunyai resolusi 1604 x 720.

Bahagian kamera pula hadir dengan lensa utama 50MP yang disokong oleh teknologi kecerdasan buatan dan kamera swafoto 8MP. Kemampuan rakaman video adalah terhad kepada 1080p 30FPS untuk kedua-dua kamera.

Baterinya berkapasiti 5,000mAh dan hadir sekali dengan pengecasan 45W. Lain-lain ciri terdiri daripada sistem operasi realme UI 5.0, bicu audio 3.5mm, Bluetooth 5.0 dan penarafan IP54.

Image 2 (4)

Bagi yang berminat, anda boleh dapatkan realme C65 ini di cawangan realme seluruh Malaysia bermula esok hari pada harga yang telah ditetapkan iaitu RM699 (8GB + 256GB)

Setiap pembelian juga akan disertakan sekali percuma fon putik realme Buds 2 Neo. Stok hadiah adalah terhad.

Beli realme C65 di:

Shopee – https://invl.io/cllcsaa

Lazada – https://invol.co/cllcsae

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Zenless Zone Zero Dah Boleh Main Hari Ini, 'Top Up' Di Codashop
  • Geely Cipta Bateri EV Baharu, Mampu Bertahan Sehingga 1 Juta Km
  • CIMB Group Jadi Bank Malaysia Pertama Lengkapkan Penetapan Sasaran Nyahkarbon 2030
  • Kerajaan Jepun Isytihar Menang Dalam 'Perang' Penggunaan Cakera Liut

Sumber: Siaran Media realme Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY