Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-06-20T174825.951

Siri realme GT 6 Dilancar, Harga Bermula RM2,399

Diterbitkan Jun 20, 2024 oleh Muhd Idham

realme telah melancarkan peranti terbaru mereka secara global dan juga akan tersedia untuk pasaran tempatan yang dikatakan mampu bersaing dengan peranti-peranti andalan yang lain, iaitu realme GT 6.

Screenshot 2024-06-20 174944

Spesifikasinya bermula dengan penguasaan cip Snapdragon 8s Gen 3 (3.0GHz), GPU Adreno 735, memori LPDDR5X, storan UFS 4.0 serta menjalankan sistem operasi realme UI 5.0 berasaskan Android 14.

Skrinnya pula hadir dengan jenis AMOLED 6.78 inci dan kadar segar semula 120Hz, resolusi FHD+ 2780 × 1264, kadar kecerahan puncak 6,000 nits serta menyokong ciri HDR 10+ dan Dolby Vision.

Dari sudut kamera, telefon ini menggunakan lensa utama 50MP OIS Sony LYT-808 (f/1.69), telefoto 50MP (f/2.0), ultra lebar 8MP Sony IMX355 (f/2.2) dan swafoto 32MP (f/2.45).

Kebolehan rakaman video pula adalah 4K 30FPS dengan Dolby Vision, 1080p 60FPS pada mod AI Night Vision dan 1080p 240FPS pada mod Slow Motion.

Baterinya pula berkapasiti 5,500mAh yang mendapat sokongan daripada pengecasan 120W SUPERVOOC.

Siri realme GT 6 Dilancar, Harga Bermula RM2,399

Lain-lain ciri yang hadir adalah Wi-Fi 6, NFC, Bluetooth 5.4, dwi-slot nano SIM dan dua pembesar suara stereo.

Tambahan lagi, telefon ini juga hadir dengan ciri kecerdasan buatan seperti AI Smart Loop, AI Smart Removal dan AI Eye-Protection untuk sesi permainan mudah alih.

Selain daripada realme GT 6, model realme GT 6T juga dilancar dengan spesifikasi yang terdiri daripada cip Snapdragon 7+ Gen 3, kamera Sony LYT-600 OIS serta bateri yang berkapasiti 5,500mAh dengan sokongan pengecasan 120W SUPERVOOC.

WhatsApp Image 2024-06-20 at 5.27.58 PM

Harga yang telah ditetapkan untuk kedua-dua model adalah seperti di bawah.

realme GT 6

  • 12GB + 256GB= RM2,599
  • 16GB + 512GB= RM2,899

Pembelian daripada 21 Jun hingga 31 Julai 2024 akan disertakan ganjaran bernilai RM797.

realme GT 6T

  • 12GB + 256GB= RM2,399 RM1,999 (diskaun RM400 dari 21 Jun hingga 27 Jun 2024)

Beli produk realme di:

Shopee – https://invl.io/clkov73

Lazada – https://invol.co/clkov74

Berkaitan

  • Kaiju No. 8 THE GAME Akan Hadir Di Telefon Pintar Dan PC
  • Dua Pengarah Syarikat Didenda Miliki Walkie-Talkie Tidak Diperakui
  • Machines Adakan Jualan Gudang Selama Tiga Hari
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Jualan Pertengahan Tahun iQOO, Diskaun RM200 Untuk iQOO 12

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
©2026 WISER.MY