Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
realme GT3

realme GT3 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2799

Diterbitkan Disember 20, 2023 oleh Helmi Samsuri

Berbulan lamanya peranti ini dilahirkan, namun hanya pada tanggal 20 Disember 2023 barulah ia secara rasmi hadir ke pasaran Malaysia. Diberi nama realme GT3, peranti premium ini bakal dijual pada tanda harga RM2799 untuk pasaran Malaysia.

Diperkenalkan sebagai sebuah peranti andalan, pastilah ia datang dengan spesifikasi yang mungkin membuatkan kening kiri anda terangkat. Untuk pengetahuan anda, realme GT3 diperlengkapkan dengan keupayaan pengecasan pantas SuperVOOC 240W.

Sebagai gambaran, pengecasan sekitar 80 saat mampu menyalurkan kuasa bateri ke paras 20%. Senang kata, kapasiti bateri 4600mAh hanya memerlukan tempoh masa kurang 10 minit untuk isian penuh.

realme GT3 3

Spesifikasi lain yang turut tampil pada model ini adalah, cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen1, skrin AMOLED 6.74 inci 144Hz, serta dioperasikan oleh realme UI 4.0 berasaskan Android 13.

realme GT3 4

Dari segi keupayaan kamera, bahagian hadapan dipersenjatakan dengan kamera swafoto 16MP dan gandingan tiga kamera belakang terdiri daripada lensa utama 50MP, 2MP makro dan 8MP ultra lebar.

Kombinasi memori pula dipadankan dengan RAM 16GB LPDDR5X beserta storan 1TB UFS 3.1 untuk keperluan simpanan digital anda. Pengeluar turut melengkapkan peranti ini dengan Stainless Steel Vapor Cooling System Max 2.0.

Ulasan lengkap dari kami boleh tonton video dibawah:

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY