Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-07-10T111833.108

realme GT 6 Rasmi Di China, Ini Bezanya Dengan Versi Malaysia

Diterbitkan Julai 10, 2024 oleh Muhd Idham

Setelah pelancaran realme GT 6 rasmi secara global di Milan, Itali pada 20 Jun 2024 yang lepas, kini ia dilancarkan sekali lagi untuk keluarannya di China dengan sedikit perbezaan di bahagian rekaan serta spesifikasi dalaman.

Screenshot 2024-07-10 103746
Light Year White
Screenshot 2024-07-10 110407
Dark Side of the Moon
Screenshot 2024-07-10 110333
Storm Purple

Seperti yang telah dipaparkan di atas, anda boleh lihat yang modul kamera belakangnya telah berubah.

Begitu juga dengan penguasaannya yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 3 (3.3GHz) dan GPU Adreno 750. Namun, masih sama untuk memori LPDDR5X, storan UFS 4.0 dan sistem operasi realme UI 5.0.

Skrin pula adalah jenis AMOLED 6.78 inci dengan resolusi 2780 x 1264, kadar segar semula 120Hz dan kecerahan puncak 6,000nits.

realme GT 6 ini juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP OIS IMX890 (f/1.88), ultra lebar 8MP (f/2.2) dan swafoto 16MP (f/2.45). Kualiti rakaman pula terhad pada 1080p 30FPS.

Bateri telefonnya juga berbeza kerana ia mempunyai kapasiti sebanyak 5,800mAh tetapi masih mendapat sokongan pengecasan 120W.

Untuk varian 12GB+256GB, realme GT 6 untuk pasaran China ini dijual pada harga CNY2,799 (~RM1,810) dan varian tinggi iaitu 16GB+1TB dijual dengan harga CNY3,899 (~RM2,521).

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Tiga Telefon Galaxy Yang Akan Tamat Sokongan Perisiannya Tahun Ini
  • WhatsApp Akan Perkenal Ciri Transkrip Mesej Suara
  • Malaysia Airlines Dedah Rekaan Grafik Baharu Pada Pesawat Airbus A330Neo
  • Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Pilih Apple Music Berbanding Spotify

Sumber: realme

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY