Kali ini, realme GT 8 Pro yang hadir dengan kolaborasi bersama Ricoh diuji dan dibandingkan dengan Ricoh GR IIIx sendiri dalam pertarungan Street Photography. Adakah setanding, lari jauh atau lebih kurang? Mari sama-sama kita tengok hasilnya.
realme GT 8 Pro tampil dengan kamera utama 50MP F1.8, kamera ultra lebar 50MP F2.0, kamera dan kamera telefoto 200MP F2.6 dengan Hyper Image.
Snap Focus
Telefon pintar ini didatangkan dengan pelbagai elemen, namun elemen paling menarik yang tidak ramai bicangkan adalah Snap Focus.

Dalam bahasa mudah, ciri ini boleh dikatakan manual focus yang membolehkan pengguna melaras sendiri fokus kamera terhadap subjek. Ia merupakan antara ciri yang penting untuk Ricoh.
Ditampilkan dengan pelbagai jenis tetapan jarak untuk kegunaan pengguna. Untuk lebih mudah difahami, tetapan ini mengikut jarak kamera daripada subjek. Sebagai contoh, tetapan 2.5m digunakan apabila jarak kamera ke subjek adalah 2.5 meter.
Elemen ini tidak dinafikan, memang susah untuk digunakan. Disebabkan itu tidak ramai yang menggunakannya. Ia boleh dikatakan untuk “advance user” yang telah terbiasa menganggarkan jarak subjek dan melaras fokus kamera.
Walaupun begitu, ciri ini mampu memberikan identiti dan cerita tersendiri untuk setiap gambar yang ditangkap.
Kualiti
Kolaborasi realme GT 8 Pro ini boleh dikatakan bukan hanya Gimik. Ini kerana apabila perbandingan di antara oleh realme GT 8 Pro dan Ricoh GR IIIx pada gambar yang ditangkap, kualiti gambar oleh realme memang hampir serupa dengan gambar oleh Ricoh.

Menggunakan preset atau resipi yang sama, kedua gambar ini memperlihatkan warna dan kualiti yang hampir sama. Memang mustahil untuk mendapatkan kualiti 100% sama dengan Ricoh disebabkan oleh jenis dan saiz sensor yang berbeza. Elemen white balance juga menjadi salah satu faktor yang menyebabkan perbezaan warna pada hasil gambar kedua peranti ini.
High Contrast B&W
Ciri ini adalah lebih seronok untuk digunakan jika anda pandai melaras tahap shadow pada gambar anda.

Seperti yang dapat dilihat, hasil gambar Ricoh lebih gelap berbanding gambar realme. Jika anda menggunakan Ricoh GR IIIx, anda perlu lebih pandai melaras tahap exposure pada gambar, sama ada mahu naikkan atau turunkan.
Kalau tidak, gambar anda akan jadi gelap. Ini tidak berlaku kepada telefon pintar yang lebih mesra semua pengguna.
Tone VS Filter
Betul apa yang dikatakan oleh realme, tone dan filter pada sesebuah gambar adalah dua elemen yang berbeza. Tone atau tona warna pada sesebuah gambar boleh dilaras mengikut tetapan sendiri, manakala filter menyediakan tetapan yang telah siap dan hanya boleh dilaras secara minimum.

Jika dibandingkan, warna pada kedua gambar ini memang hampir sama. Tetapi kita boleh lihat tona warna kuning yang lebih menyerlah pada hasil gambar Ricoh.
Preset Negatif filem yang digunakan untuk kedua gambar ini boleh dikatakan preset yang versatil. Ia tidak akan mengganggu tona warna kulit dan boleh digunakan untuk pelbagai situasi.

Di sini, gambar realme GT 8 Pro dapat dilihat agak oversharpened. Ini disebabkan oleh teknologi AI yang digunakan untuk memperjelaskan gambar yang ditangkap. Disebabkan sensor yang kecil berbanding Ricoh, hasil gambar dipertajam dengan berlebihan.
Low Light
Dengan menggunakan preset yang digunakan untuk perbandingan ini, gambar low light anda akan menjadi sedikit gelap dan ia akan memberikan mood sinematik pada hasil gambar. Secara keseluruhan, untuk pengambilan gambar low light pada realme GT 8 Pro memang bagus.
Penambahbaikan
realme mungkin boleh menambah ND Filter dan Highlight Diffusion Filter (HDF) untuk model akan datang yang berkolaborasi bersama Ricoh.
Dengan adanya ND Filter kamera telefon pintar ini boleh dikatakan sempurna. HDF Filter pula mampu memberikan mood dreamy pada gambar anda.
AI Landscape Mode
Ciri ini boleh memperbetulkan komposisi pada gambar anda menggunakan teknologi AI. Dengan ciri ini anda boleh mendapatkan hasil gambar dengan komposisi yang sesuai.
Video
Kamera Ricoh memang lebih fokus pada fotografi, namun untuk realme GT 8 Pro mungkin agak berbeza.
realme GT 8 Pro hadir dengan kualiti rakaman paling tinggi 8K dengan 30FPS dan semua lensa menyokong 4K 60FPS.
Ia mempunyai shoot log yang membolehkan pengguna melaras warna mengikut tetapan sendiri. Berbeza dengan Ricoh, jika anda menggunakan satu preset untuk gambar dan bertukar ke mode video, ia akan mengekalkan tetapan preset yang sama.
Autofocus pada realme ini pula memang bagus. Walaupun kamera dialihkan kepada subjek yang berbeza, ia tetap laju dalam mengesan dan fokus kepada subjek.
realme GT 8 Pro ini juga menggunakan OIS mekanikal yang digabungkan dengan EIS. Jadi, rakaman memang stabil dan lancar. Telefon pintar ini juga tiada ciri open gate dan kekal dengan format 16:9. Ini menyebabkan noise naik pada video yang di crop.
Apa yang boleh disimpulkan untuk realme GT 8 Pro ini, kolaborasi ini sememangnya bukan hanya gimik. Kualiti yang ditampilkan memang memuaskan. Kini, giliran anda yang menentukan sama ada kolaborasi ini menepati cita rasa anda atau tidak.
Untuk ulasan penuh anda boleh tonton video YouTube di bawah.
{suggest}



