realme 12+ 5G Bakal Masuk Malaysia, Ini Spesifikasinya

realme kini telah mengesahkan kehadiran peranti realme 12+ 5G buat pasaran Malaysia.

Sebagai sebahagian daripada siri realme 12, realme 12+ 5G ini dikatakan akan hadir dalam rupa bentuk yang seakan-akan realme 12 Pro+ 5G.

Selain itu, telefon ini juga dilengkapi dengan kamera utama 50MP dengan sensor Sony LYT-600 serta disokong oleh sistem pemprosesan gambar yang terdiri daripada SuperOIS dan NightEye Engine.

SuperOIS adalah ciri sokongan yang berperanan dalam peningkatan had laju set semula bingkai kepada 8ms.

Manakala, NightEye Engine mampu memberikan peningkatan dalam nisbah isyarat kepada hingar sebanyak 14 peratus untuk rakaman pemandangan cahaya malap.

Kedua-dua ciri tambahan ini juga telah disimpulkan oleh pihak realme sebagai penyebab utama realme 12+ 5G mampu untuk menghasilkan kualiti gambar dan video yang jelas.

Spesifikasi lain yang dijangka adalah penggunaan cip MediaTek Dimensity 7050, memori sehingga 12GB, skrin 6.67 inci AMOLED 120Hz, lensa 8MP ultra lebar, 16MP lensa swafoto, bateri 5000mAh dengan kelajuan mengecas 67W.

Beli produk realme di:

Shopee - https://invl.io/clkov73

Lazada - https://invol.co/clkov74

{suggest}

Sumber: Siaran Media realme Malaysia