Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
intel core

Kelajuan Cip Intel Core i9-14900KS Dilapor Capai 6.2 GHz

Diterbitkan Februari 14, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, cip pemprosesan terbaru daripada syarikat Intel, Intel Core i9-14900KS dilaporkan mampu mencapai kelajuan CPU sehingga 6.2 GHz.

Bukan itu sahaja, ia juga telah direkod dalam pangakalan data penanda aras OCCT yang mana mengukuhkan lagi kewujudannya.

Screenshot 2024-02-14 121140
Foto: OC Base

Cip pemprosesan ini juga merupakan cip Raptor Lake Refresh dengan lapan teras Raptor Cove, 16 teras Gracemont dan 68MB cache. Perbezaannya dengan model Intel Core i9-14900K adalah dari sudut frekuensi dan penggunaan kuasa.

Screenshot 2024-02-14 at 2.19.51 PM

Berdasarkan maklumat yang dikongsikan Benchleaks di laman sosial X, cip ini telah mencatat bacaan frekuensi 6.2 GHz untuk teras tunggal dan dwi-teras. Secara lalai, penggunaan kuasanya dikatakan masih kekal, iaitu 150W TDP.

Namun, dalam ujian penanda aras dilakukan, ia boleh mencapai penggunaan kuasa maksimum sehingga sekitar 410W.

i9-14900KShttps://t.co/6BuMmqbvmY pic.twitter.com/HentGuDkNC

— Benchleaks (@BenchLeaks) February 13, 2024

Jika rekod bacaan yang didedahkan ini adalah tepat, cip pemprosesan itu memerlukan sistem penyejukan yang baik untuk menstabilkan penggunaan serta prestasinya.

Berkaitan

  • Aplikasi Android Google Gemini Boleh Digunakan Di Malaysia, Ini Caranya
  • Akui Terpalit Skandal, Daihatsu Lantik Presiden Baharu
  • Negara Catat Suhu Hampir 37°C, Cuaca Panas Dan Kering Dari Biasa Hingga Akhir Mac
  • Jangan Terpedaya Dengan Mesej, Panggilan Telefon "Pegawai" Imigresen

Sumber: Tom’s Hardware

Foto utama: wccftech

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY