Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini

Aplikasi Android Google Gemini Boleh Digunakan Di Malaysia, Ini Caranya

Diterbitkan Februari 13, 2024 ยท Dikemas kini Februari 14, 2024 oleh Amsyar Latif

Seperti diketahui, Google Bard kini dikenali sebagai Google Gemini yang mana AI terbaru itu juga ditawarkan dalam bentuk aplikasi untuk telefon Android.

Pada asalnya, ketersediaannya terhad di pasaran Amerika Syarikat sahaja dan kini ditawarkan untuk negara lain termasuk Asia Pasifik, Amerika Latin, Afrika dan juga Kanada.

Ia disahkan sendiri oleh ketua bahagian produk AI Jack Krawczyk menerusi kiriman di X.

Google Gemini_1

Setakat semakan kami, ia sudah boleh digunakan di Malaysia, tanpa menggunakan sebarang VPN atau sebagainya seperti mana dikongsikan oleh beberapa pengguna tempatan minggu lalu.

Berkaitan

  • Google Bard Kini Gemini, Versi Aplikasi Tersedia Untuk Android
  • Gemini Advanced Turut Dilancarkan, Berharga RM97.99/Bulan

Tambahan lagi, aplikasi ini boleh melakukan beberapa tugasan yang biasa anda gunakan di mana-mana aplikasi AI lain seperti Bing AI, ChatGPT atau Microsoft Copilot.

Google Gemini_5
Google Gemini_4
Google Gemini_2
Google Gemini_3

Namun, buat masa sekarang aplikasi Google Gemini hanya boleh dimuat turun secara muat sisi (sideload) sahaja dan belum tersenarai secara rasmi di Google Play Store Malaysia.

Perlu diingatkan juga, setelah aplikasi Google Gemini dipasang, secara tak langsung Google Assistant akan digantikan dengan AI terbaru ini.

Apa-apa pun, jika anda tidak sabar untuk mencubanya, anda boleh muat turunnya di SINI. Setelah muat turun dilakukan, anda hanya perlu pasang dan benarkan (allow) aplikasi dipasang di peranti sekiranya perlu. Kemudian, anda boleh terus gunakan aplikasi Google Gemini.

Sumber: Jack Krawczyk

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY