Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
phone driving

PDRM Ingatkan Larangan Guna Telefon Semasa Memandu

Diterbitkan Februari 14, 2024 · Dikemas kini Februari 14, 2024 oleh ariff bukhari

Polis Diraja Malaysia mengingatkan orang ramai untuk tidak menggunakan telefon semasa memandu kenderaan.

Pengguna yang didapati memandu sambil menggunakan telefon boleh didakwa di bawah Kaedah 17A, Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (LN166/1959).

Kesalahan itu tidak boleh disaman sebaliknya kes perlu diselesaikan di mahkamah.

Jika disabit kesalahan, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM1,000 atau penjara tidak lebih daripada 3 bulan.

Manakala jika disabitkan kesalahan sebanyak 2 kali, pesalah boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara tidak melebih 6 bulan atau kedua-duanya sekali.

Jelas sekali, memandu sambil menggunakan telefon adalah berbahaya yang bukan sahaja diri sendiri tetapi pengguna jalan raya lain dan orang awam.

Malah menurut laporan syarikat insurans Kurnia, kemalangan yang berpunca daripada penggunaan telefon semasa memandu adalah yang kedua tertinggi di Malaysia.

causes of road accidents in malaysia

Hasil kajian berkenaan penggunaan telefon semasa memandu juga mendapati, pemandu yang bercakap di telefon mereka semasa memandu mempunyai masa reaksi 18.1% lebih perlahan berbanding mereka yang tidak menggunakannya.

Malah penggunaan peranti bebas tangan juga tidak menjamin ia selamat, kerana ia masih boleh menyebabkan gangguan.

Sungguhpun ia sah untuk bercakap di telefon anda menggunakan set bebas tangan atau telefon dalam mod pembesar suara semasa memandu, anda disarankan agar berhenti dahulu sebelum anda membuat panggilan dan pergi ke lokasi yang selamat terlebih dahulu.

Jika anda menjangkakan panggilan atau teks, minta bantuan penumpang anda bagi mereka  menjawabnya untuk pihak anda.

Sama-sama kita jaga diri dan juga pengguna lain.

Berkaitan

  • Aplikasi Android Google Gemini Boleh Digunakan Di Malaysia, Ini Caranya
  • Meta Sahkan Bunyi 'Kicauan' Di Facebook Merupakan Isu Teknikal
  • Akui Terpalit Skandal, Daihatsu Lantik Presiden Baharu

Sumber: Kurnia, PDRM

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY