Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Scam alert_3

Jangan Terpedaya Dengan Mesej, Panggilan Telefon “Pegawai” Imigresen

Diterbitkan Februari 14, 2024 ยท Dikemas kini Februari 14, 2024 oleh Amalina Athman

Jabatan Imigresen Malaysia Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JIM WPKL) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sebarang mesej pesanan sama ada melalui SMS, WhatsApp, Telegram dan WeChat serta panggilan telefon tidak dikenali yang menggunakan identiti pegawai daripada JIM WPKL.

Berkaitan

  • Sejauh Mana Anda Boleh Elak 'Scam'? Cuba Kuiz Ini
  • Ini Tindakan Segera Yang Perlu Dilakukan Jika Rasa Seperti Kena 'Scam'
  • Pengguna Tertipu Dengan Scammer, Negara Rugi Lebih RM1.3 Bilion

Menurut JIM WPKL, pihaknya telah mengesan terdapat penyalahgunaan identiti oleh individu tidak bertanggungjawab yang telah memanipulasi maklumat untuk tujuan penipuan, melibatkan wang ringgit.

Modus operandi penipuan itu menawarkan perkhidmatan melepaskan orang kena tahan yang dipercayai mempunyai hubungan pekerja dengan pengguna.

Berikutan itu, JIM WPKL menegaskan pihaknya tidak sama sekali mengguna pakai hebahan melalui SMS mahupun platform pemesejan serta panggilan telefon berkaitan transaksi di dalam perkhidmatan.

Sebaliknya, urusan adalah hanya melalui panggilan telefon rasmi JIM WPKL di talian 03 62057400 ataupun alamat e-mel rasmi dengan “…@imi.gov.my” sahaja.

Dalam pada itu, orang ramai diminta berhati-hati serta menyemak sebarang kandungan mesej dan panggilan yang disyaki palsu dengan cara menghubungi JIM WPKL melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SiSPAA) di pautan https://imi.spab.gov.my/eApps/system/index.do atau emel ke [email protected].

Sumber: Jabatan Imigresen Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY