Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Reaktor Nuklear TOKAMAK Hasil Dana Dari HoYoverse Kini Mula Beroperasi

Posted on Julai 19, 2024Julai 19, 2024

Pada tahun 2022 yang lalu, miHoYo atau nama rasminya sekarang adalah HoYoverse dilaporkan telah terlibat dengan aktiviti pembangunan reaktor nuklear TOKAMAK tetapi hanya sebagai organisasi yang menyumbang dana sebanyak USD65 juta (~RM303 juta) untuk projek tersebut

Reaktor gabungan TOKAMAK yang dimaksudkan kini telah beroperasi di China dengan hasil kerjasama Energy Singularity, salah satu organisasi China yang berkemahiran dalam bidang teknologi gabungan nuklear untuk menjana tenaga bersih.

Perkara ini juga telah disahkan oleh Daniel Ahmad selaku Pengarah Penyelidikan dan Wawasan untuk organisasi Niko Partners yang berperanan membekal maklumat penyelidikan pasaran syarikat permainan di seluruh Asia dan MENA.

https://x.com/ZhugeEX/status/1497957735337443331

Sehubungan dengan kenyatan di atas, Mandate of Heaven yang menggelar dirinya sebagai jurujual kereta tempatan China, Hongqi dan pembekal maklumat teknologi di China telah menyiarkan satu video reaktor nuklear TOKAMAK yang telah siap dibangunkan serta dipercayai ia adalah model yang sama hasil daripada dana HoYoverse.

https://x.com/HongqiN701/status/1804273045084700899?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1804273045084700899%7Ctwgr%5Ead6477d49193ef9dbe1f69a20c53b0014ddd0308%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.windowscentral.com%2Fgaming%2Fjust-fyi-your-genshin-impact-pulls-are-funding-a-tokamak-nuclear-fusion-reactor-and-it-has-now-been-ignited

Reaktor nuklear TOKAMAK adalah satu peranti eksperimen yang mampu mencipta satu tindak balas untuk menghasilkan tenaga stim sebagai pemacu turbin untuk menjana tenaga elektrik yang bersih.

Seiring dengan sasaran pembangunan reaktor ini, TOKAMAK HoYoverse dibina dengan kuasa magnet bagi mewujudkan tindak balas gabungan plasma super-heat yang hampir sama dengan tenaga matahari.

Matlamatnya masih lagi sama iaitu mewujudkan sumber tenaga bersih tanpa had dan mesra alam.

Walaupun ia dikatakan telah beroperasi, teknologi gabungan TOKAMAK ini masih berada dalam fasa pembangunan dan masih lagi belum diuar-uarkan untuk penggunaan rasmi.

Sumber: Asia News Channels, x [1, 2]

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress