Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Netflix Secara Diam-Diam Hentikan Pelan Langganan ‘Basic’ Di Kanada

Netflix Catat Lebih 8 Juta Pelanggan Baharu Pada Suku Ke-2 2024, Pendapatan Meningkat

Diterbitkan Julai 19, 2024 · Dikemas kini Julai 19, 2024 oleh ariff bukhari

Dalam pembentangan kewangan syarikat penstriman Netflix untuk suku kedua 2024 mendedahkan, syarikat itu berjaya menambah sejumlah 8.05 juta pelanggan dalam tempoh itu.

Pencapaian itu sekali gus jauh melebihi jangkaan daripada penasihat kewangan, dan ia juga jauh melebihi 5.89 juta pelanggan yang ditambah pada suku kedua 2023 lalu.

Penambahan itu menjadikan Netflix kini mempunyai sejumlah 277.65 juta pelanggan di seluruh dunia.

Netflix juga mengumumkan bahawa bilangan pelanggan berasaskan iklannya meningkat 34 peratus pada suku kedua, berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan keseluruhan pula ialah $9.559 bilion (~RM44.70 bilion) untuk suku tersebut, meningkat daripada $8.187 bilion (~RM38.29 bilion) daripada tempoh yang sama tahun lalu.

Pendapatan bersih ialah $2.147 bilion (~RM9.81 bilion ) untuk suku tersebut, meningkat daripada $1.488 bilion berbanding setahun lalu.

Selain itu, Netflix juga mengesahkan mereka sedang menguji reka bentuk halaman utama baharu untuk aplikasi TV mereka dan memaklumkan akan mengeluarkan satu permainan baharu sebulan dengan kebanyakannya berdasarkan filem dan rancangan TV Netflix seperti Too Hot to Handle, Emily in Paris dan Selling Sunset.

Ia juga mengumumkan rancangan untuk mengeluarkan permainan berbilang pemain berdasarkan rancangan popularnya Squid Game sekitar masa musim kedua siri itu ditayangkan pada lewat tahun ini.

Berkaitan

  • TM Lancar Unifi UniVerse, Dapat Langgan Netflix Percuma Setahun
  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024

Sumber: Netflix investors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY