Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
kemas kini android

Masih Banyak Syarikat Menggunakan Versi Android Terdahulu – Kajian

Diterbitkan Julai 19, 2024 · Dikemas kini Julai 19, 2024 oleh ariff bukhari

Pengguna umum telefon pintar Android mungkin sudah peka dengan kemas kini yang dilepaskan secara berkala untuk peranti mereka.

Tetapi, ia mungkin tidak kepada syarikat dalam industri seperti hospitaliti, pendidikan dan jualan runcit yang menggunakan peranti Android untuk urusan.

Ia meliputi telefon, terminal tempat jualan, atau juga papan tanda digital. Isunya adalah, perkakasan seperti ini cenderung dikawal syarikat yang bergantung pada pekerja mereka menggunakan peranti ini untuk urusan harian.

Berdasarkan laporan kaji selidik yang dibuat penyelidik dari Esper didapati, versi Android terdahulu masih banyak digunakan dalam syarikat-syarikat.

Versi Android 10 yang dilancar pada 2019 dahulu adalah yang paling banyak digunakan berbanding versi selepasnya yang lebih baru seperti Android 12, 13 dan 14.

“…hanya kira-kira 1 daripada setiap 4 peranti berada pada tiga versi terkini. Sama seperti tahun lepas, majoriti peranti masih kekal pada Android 9, 10 dan 11 (71% pada 2024 berbanding 77% pada 2023)” Esper.

Screen Shot 2024-07-19 at 10.10.47 AM

Antara sebab mengapa lambatnya syarikat-syarikat mengemas kini peranti Android yang diguna untuk operasi mereka adalah mungkin kerana tidak mahu mengambil risiko operasi mereka terganggu yang mungkin boleh berpunca daripada kemas kini tersebut.

Esper menyatakan, proses pengemaskinian dianggap sebagai beban yang berat kepada syarikat,  akibatnya terus menjalankan versi OS yang sudah sangat lapuk menjadikan peranti mereka terdedah kepada kelemahan keselamatan.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Dakwaan Kebocoran Data Adalah Data Lama - U Mobile

Sumber: Esper

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY