OnePlus kini telah memperkenalkan model terbaru dalam siri Nord iaitu OnePlus Nord 4 yang mana ia dilengkapi dengan ciri teknologi AI dan tiga pilihan warna seperti di bawah.
Dikuasakan dengan cip Snapdragon 7+ Gen 3 dan GPU Adreno 732, telefon ini juga lengkap dengan memori 12GB/16GB LPDDR5X serta storan 256GB/512GB UFS4.0.
Untuk bateri pula, ia hadir dengan kapasiti 5,500mAh dan pengecasan 100W SUPERVOOC.
Telefon ini juga hadir dengan skrin AMOLED 6.74 inci pada resolusi 2772 × 1240 dan kadar segar semula 120Hz.
Masuk kepada bab kamera, OnePlus Nord 4 dipadankan dengan kamera utama 50MP Sony LYTIA, ultra lebar 8MP dan swafoto 16MP. Manakala, kemampuan rakaman video untuk kamera utama adalah pada resolusi 4K 60fps.
Lain-lain kelengkapan yang tersedia adalah NFC, Bluetooth 5.4, dwi-slot kad SIM, Wi-Fi 6 dan beberapa ciri AI seperti AI Audio Summary, AI Article Summary, AI Eraser dan AI Smart Cutout.
Buat masa sekarang, kita hanya pasti yang OnePlus Nord 4 ini akan masuk ke pasaran Malaysia kerana spesifikasi yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan laman web rasmi OnePlus Malaysia.
Tarikh ketersediaan serta harga untuk pasaran tempatan masih lagi belum diketahui.
Namun, harga untuk pasaran di India adalah INR32,999 (~RM1,845) untuk varian 8GB+256GB dan INR 35,999 (~RM2,013) untuk 12GB+256GB.
{suggest}
Sumber: OnePlus







