Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ray-Ban Meta (Gen 2)_8

Ray-Ban Meta (Gen 2) Kini Rasmi – Rakaman 3K, Bateri Tahan Lebih Lama

Diterbitkan September 18, 2025 · Dikemas kini September 18, 2025 oleh Amalina Athman

Meta hari ini turut mengumumkan generasi baharu cermin mata pintar Ray-Ban, dengan bateri tahan lebih lama serta kemampuan merakam video 3K, setanding dengan cermin mata pintar Oakley HSTN.

Ray-Ban Meta (Gen 2)_9

Ray-Ban Meta (Gen 2) boleh bertahan sehingga 8 jam dengan satu cas penuh untuk penggunaan biasa, hampir dua kali ganda berbanding generasi terdahulu.

Cermin mata ini boleh dicas sehingga 50% hanya dalam 20 minit. Kotak pengecas yang disertakan turut menyediakan tambahan sehingga 48 jam kuasa bateri untuk digunakan di mana-mana.

Ray-Ban Meta (Gen 2)_5

Beralih kepada kamera, Ray-Ban Meta (Gen 2) kini menyokong rakaman video sehingga 3K Ultra HD pada 30fps, dengan tempoh rakaman sehingga tiga minit.

Menjelang hujung tahun ini, semua cermin mata AI keluaran Meta juga akan menerima naik taraf rakaman dengan dua tetapan baharu iaitu hyperlapse dan slow motion.

Ray-Ban Meta (Gen 2) Kini Rasmi – Rakaman 3K, Bateri Tahan Lebih Lama

Meta juga bakal menambah satu ciri audio yang dinamakan “conversation focus”. Melalui pembesar suara terbina pada cermin mata, ciri ini menguatkan suara individu yang sedang berbual, sekali gus menjadikan perbualan lebih jelas walaupun dalam suasana bising.

Selain itu, fungsi terjemahan masa nyata turut dipertingkatkan dengan sokongan bahasa baharu, iaitu Jerman dan Portugis.

Ray-Ban Meta (Gen 2)_2
Ray-Ban Meta (Gen 2)_4
Ray-Ban Meta (Gen 2)_3

Ray-Ban Meta (Gen 2) ditawarkan dalam gaya Wayfarer, Skyler dan Headliner dengan harga bermula $379 (~RM1,590).

Berkaitan

  • Oakley Meta Dilancar - Rakaman 3K, AI Terbina, Bateri Tahan Lama
  • Meta Quest 3S Xbox Edition Kini Rasmi – Hadir Dengan Aksesori Eksklusif & Game Pass
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Meta Ray-Ban Display Dilancarkan Dengan Skrin Terbina, Gelang EMG

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY